Harga Minyak Kekal Di Zon Tertinggi Menjelang Laporan Baker Hughes

Harga Minyak Kekal Di Zon Tertinggi Menjelang Laporan Baker Hughes

Pasaran minyak kekal berada di zon tertinggi tiga tahun setengah yang lalu pada hari Jumaat, dengan harga terus disokong oleh sekatan AS ke atas Iran

Pasaran minyak kekal berada di zon tertinggi tiga tahun setengah yang lalu pada hari Jumaat, dengan harga terus disokong oleh sekatan AS ke atas Iran dan krisis ekonomi yang melanda Venezuela serta permintaan yang kekal tinggi.

Fokus pasaran pada hari ini beralih kepada data mingguan aktiviti galian minyak oleh Baker Hughes yang akan dikeluarkan pada jam 1 pagi bagi mencari petunjuk awal terhadap pengeluaran dan permintan minyak di Amerika Syarikat.

Berdasarkan bacaan minggu lalu, pelantar minyak AS terus meningkat untuk enam minggu berturut-turut. Angka ini menimbulkan kebimbangan di kalangan pelabur apakah lonjakan output minyak AS akan mengaburi usaha yang diketuai oleh OPEC untuk menghadkan pengeluaran minyak bagi mengimbangi dan menaikkan semula harga pasaran.

Output minyak AS yang terus meningkat walau bagaimanapun dilihat tidak akan mencukupi untuk menutup kelemahan daripada kekurangan hasil minyak Iran, Venezuela dan Angola.

Pasaran niaga hadapan minyak WTI kini didagang pada harga $71.39, susut 0.15% setakat jam 10.00 malam.

Manakala minyak Brent pula berada pada paras $79.71, berundur daripada paras tertinggi $80.50 yang telah direkodkan pada hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: