Harga Minyak Kukuh – Sekatan Terbaru Terhadap Iran?

Harga Minyak Kukuh – Sekatan Terbaru Terhadap Iran?

Kekuatan Dolar AS sejak minggu lalu langsung tidak memberi kesan kepada kenaikan harga minyak apabila masih kukuh untuk berada di atas paras $70 seton

Kekuatan Dolar AS sejak minggu lalu langsung tidak memberi kesan kepada kenaikan harga minyak apabila masih kukuh untuk berada di atas paras $70 setong. Pengukuhan ini banyak didorong oleh kebimbangan tentang kemungkinan sekatan kembali ke atas Iran seperti yang dinyatakan oleh Trump sebelum ini.

Pentadbiran AS memberi amaran kepada Iran supaya untuk tidak memulakan semula program nuklear mereka walaupun AS akan berundur daripada perjanjian nuklear dengan Republik Islam itu yang telah dilakukan pada tahun 2015.

Trump akan memutuskan samada untuk mahu kekal dalam perjanjian tersebut atau memperbaharui sekatan ke atas eksport minyak Iran pada 12 Mei nanti. Akibat sekatan itu nanti, eksport minyak Iran akan menurun sebanyak 500,000 hingga 700,000 tong sehari menjelang tahun hadapan.

Namun, itu hanya akan memberi ruang kepada pengeluar minyak di AS untuk mengepam lebih banyak minyak ke dalam pasaran dan mengganggu gugat rencana negara-negara OPEC dan sekutu mereka dalam mengawal pengeluaran minyak dunia.

Emmanuel Macron, Perdana Menteri Perancis dalam ucapan di Rumah Putih sempena lawatan beliau ke AS berkata, ia adalah sangat penting untuk AS mengekalkan perjanjian nuklear dengan Iran. Dalam ucapan yang sama Macron turut menegaskan perjanjian nuklear ini harus diperbaiki dan bukannya mengadakan perjanjian yang baharu.

Antara keutamaan lawatan Macron keatas Prediden Trump adalah untuk meyakinkan pentadbiran AS untuk meneruskan perjanjian nuklear dengan Iran bagi mengawal dan memantau keterlibatan Iran dalam program balistik peluru berpandu dan konflik di Syria dan Yemen.

Harga minyak MOPS berada pada paras $85 setong naik sebanyak $4 daripada $81 pada awal bulan April 2018. Dolar AS mengukuh berbanding Ringgit pada bulan April, menokok sebanyak 500pips daripada 4.38600 untuk berada di sekitar paras 3.91000 sewaktu artikel ini ditulis. Itu mungkin akan menjadikan harga minyak RM332.35 setong atau RM2.09 seliter.

Selepas ditambah dengan kos ‘alpha’ RM 0.32, harga runcit minyak di stesen petrol di Malaysia mungkin akan menjadi RM2.41 seliter bermula tengah malam ini. Namun begitu, harga runcit minyak di stesen petrol Malaysia tidak mengalami perubahan sejak 5 minggu yang lalu!

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: