Harga Minyak Lebih Tinggi Januari 2017

Harga Minyak Lebih Tinggi Januari 2017

Sepanjang bulan Disember 2016, harga pasaran minyak mentah kekal berada di atas paras $50-53 setong, secara langsung memberi gambaran harga pasaran ba

Sepanjang bulan Disember 2016, harga pasaran minyak mentah kekal berada di atas paras $50-53 setong, secara langsung memberi gambaran harga pasaran bakal pulih dengan didorong oleh persetujuan OPEC dan Non-OPEC untuk memotong pengeluaran mereka bermula Januari 2017.

Tengah malam nanti sekitar 12.30 pagi waktu tempatan, laporan EIA akan diterbitkan, dengan jangkaan pengurangan pengeluaran 1.5 juta stok minyak mentah di dalam pasaran. Walaupun American Petroleum Institute (API) dalam laporannya kelmarin mengatakan ada peningkatan inventori sebanyak 4.2 juta pada minggu lepas, namun itu mungkin bukan gambaran sebenar data yang akan diterbitkan oleh EIA nanti.

Iraq melalui menterinya menyatakan komitmen mereka untuk memotong pengeluaran antara 200,000-210,000 tong sehari bermula bulan hadapan. Venezuela juga bakal memotong pengeluaran mereka sebanyak 95,000 tong sehari pada Januari 2017. Ini bakal menyaksikan secara keseluruhan, bekalan dan pengeluaran minyak mentah dunia daripada negara OPEC dan Non-OPEC berkurangan sebanyak hampir 1.8 juta tong sehari.

Jawatankuasa pemantau terdiri daripada OPEC dan Non-OPEC akan bermesyuarat di Abu Dhabi pada 13 Januari dan akan bertemu pula di Vienna pada 21-22 Januari nanti. Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi memastikan komitmen kepada pemotongan pengeluaran dilaksanakan dalam usaha mereka untuk menstabilkan semula harga mintak mentah dunia.

Harga minyak dunia dijangka mampu distabilkan pada paras $60-70 setong pada tahun hadapan, walaupun mungkin terdapat sedikit masalah dengan pengeluaran minyak oleh Libya. Harga RON 95 dan RON 97 di Malaysia pula dijangka akan naik sekitar 25-30 sen seliter bagi bulan Januari 2017 berdasarkan kiraan awal saya mengikut mekanisma harga apungan.

Penafian : Artikel ini ditulis berdasarkan data dan maklumat pada ketika bahan ini ditulis, angka dan jumlah yang dipaparkan mungkin mempunyai ralat dan hanya sekadar jangkaan berdasarkan pengiraan awal data-data yang sedia ada.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: