cooking-oil-malaysia

Harga Minyak Masak Tanpa Subsidi Akan Ditetapkan Setiap Bulan

Kerajaan pada hari ini (1 Ogos) memutuskan bahawa mekanisme harga bagi botol minyak masak 5kg akan ditentukan setiap bulan dengan harga bagi Ogos ditetapkan pada RM34.70 sebotol.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Jihad Melawan Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata harga jualan akan berkuat kuasa pada 8 Ogos ini.

Harga minyak masak akan ditetapkan setiap bulan, dan akan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPBOB) pada 1 haribulan berdasarkan harga minyak sawit mentah (MSM) bulan sebelumnya.

“MPOB akan mengumumkan harga [MSM untuk] bulan sebelumnya, dan harga itu akan menjadi penanda aras untuk menentukan harga runcit minyak masak sawit tulen yang dijual tanpa subsidi,” jelas Annuar.

MPOB memaklumkan harga purata MSM bagi Julai ialah RM4,063 setan metrik. Berdasarkan harga itu, harga jualan minyak masak dalam botol 5kg [akan] ditetapkan pada RM34.70 [untuk Ogos],” katanya pada sidang media parlimen hari ini.

Harga set RM34.70 untuk botol minyak masak 5kg hanya untuk Semenanjung Malaysia, tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Satu jadual akan diumumkan termasuk harga untuk botol 3kg.

Mengulas mengenai bagaimana mekanisme harga ditetapkan, Annuar menyebutkan bahawa kaedah pengiraan akan ditentukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) selepas MPOB mengisytiharkan harga MSM bulanan.

Menurut beliau, KPDNHEP serta pemain-pemain industri telah bersepakatan dengan jadual penetapan harga yang akan memastikan pemain industri masih memperoleh margin keuntungan yang mencukupi.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia menambah, penguatkuasaan di kedai di peringkat runcit akan bermula tujuh hari dari tarikh ia diumumkan.

“Bermula 8 Ogos, 5kg botol minyak masak yang kini dijual pada harga kira-kira RM39 hingga RM42, sepatutnya dijual pada harga maksimum RM34.70.

“Gerai runcit akan mempunyai [tempoh tangguh selama seminggu] untuk mematuhi harga maksimum baharu. Mereka boleh menjual lebih rendah tetapi harga maksimum untuk minyak masak 5kg [botol] mestilah tidak melebihi RM34.70,” katanya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *