Harga Minyak Masih Berlegar Di Zon Tertinggi Pada Hari Khamis

Harga Minyak Masih Berlegar Di Zon Tertinggi Pada Hari Khamis

Harga minyak Brent terus berlegar di zon tertinggi empat tahun lalu pada hari Khamis didorong oleh kebimbangan tentang kekurangan bekalan peringkat gl

Harga minyak Brent terus berlegar di zon tertinggi empat tahun lalu pada hari Khamis didorong oleh kebimbangan tentang kekurangan bekalan peringkat global disebabkan oleh AS akan mengenakan semula sekatan ke atas Iran pada 4 November hadapan.

Pasaran hadapan bagi minyak Brent kekal dengan di zon positif. Harga naik 0.53% kepada $81.22 per tong, menghampiri paras tertinggi November 2014, sekitar $82.55 setakat jam 11.25 malam.

Manakala minyak WTI pula naik 0.56% ke paras $71.95, juga menghampiri kawasan harga tertinggi sejak 11 Julai yang lalu sekitar $72.75 setakat jam 11.15 malam.

Penyusutan bekalan yang tinggi daripada Iran telah menyebabkan kenaikan mendadak harga minyak dan OPEC termasuk Rusia hanya mempunyai kapasiti tambahan yang kecil untuk meningkatkan output bagi menampung penurunan bekalan minyak global.

Tindakan OPEC dan Rusia yang menghadkan pengeluaran dikritik oleh Trump menerusi ucapannya di dalam Perhimpunan Agung PBB pada hari Selasa yang lalu.

Selain daripada menyalahkan OPEC sebagai punca kepada peningkatan harga yang disifatkan ‘teruk’, Trump turut menggesa agar negara-negara lain bersama-sama menyekat import minyak kepada Tehran.

Di Amerika pula, data EIA yang diterbitkan semalam menunjukkan pengeluaran minyak AS telah mencapai rekod 11.1 juta tong sehari pada minggu lepas.

Bekalan minyak AS pula merekodkan peningkatan 1.85 juta tong pada minggu lalu, menjadikan jumlah bekalan meningkat 395.99 juta tong.

Angka tersebut meleset jauh daripada ramalan yang menjangkakan penyusutan sebanyak 1.27 juta tong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: