Harga Minyak Melonjak Lebih 3%, EIA Laporkan Penyusutan Bekalan Empat Minggu Berturut-turut

Harga Minyak Melonjak Lebih 3%, EIA Laporkan Penyusutan Bekalan Empat Minggu Berturut-turut

Bekalan rasmi minyak AS jatuh lebih banyak daripada yang dijangkakan pada minggu lalu, mencatat penyusutan empat minggu berturut-turut. EIA melapo

Bekalan rasmi minyak AS jatuh lebih banyak daripada yang dijangkakan pada minggu lalu, mencatat penyusutan empat minggu berturut-turut.

EIA melaporkan penurunan sebanyak 9.5 juta tong bekalan minyak di minggu yang berakhir pada 5 Julai yang lepas.

Laporan tersebut turut menjelaskan lonjakan harga minyak melebihi 3% yang berlaku pada hari ini.

Sehingga jam 11.45 malam, kontrak futures WTI yang didagang di NYMEX naik $1.94 kepada $59.76 setong sementara Brent pula naik $2.26 ke paras $66.41 setong.

Pemulihan pasaran minyak mula bangkit selepas Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan penyusutan bekalan sebanyak 8.1 juta tong pada minggu lalu.

Selain itu, jangkaan gangguan ribut taufan di kawasan perairan Mexico turut memaksa sebahagian pengeluar utama untuk menghentikan pengeluaran dan operasi minyak mereka.

Berlatar belakangkan perang perdagangan AS-China, senario permintaan dan penawaran masih belum jelas, namun begitu laporan-laporan yang positif secara keseluruhannya telah mendorong pasaran minyak untuk kekal bullish dalam masa yang terdekat.

EIA turut melaporkan peningkatan pada output minyak AS ke paras 12.3 juta tong sehari (bdp), menghampiri rekod tertinggi yang lalu.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: