Harga Minyak Melonjak, OPEC Setuju Had Pengeluaran

Harga Minyak Melonjak, OPEC Setuju Had Pengeluaran

Fokus minggu ini sememangnya banyak terarah kepada pasaran minyak, dan antara matawang yang terkesan  secara langsung adalah Dollar Kanada atau Loonie

Fokus minggu ini sememangnya banyak terarah kepada pasaran minyak, dan antara matawang yang terkesan  secara langsung adalah Dollar Kanada atau Loonie. Loonie sejak Julai lagi telah ditekan secara konsisten, dijual secara terus oleh traders lantaran lebihan stok minyak mentah di pasaran.

Saya sendiri sejak minggu lepas telah menulis dua artikel mengenai sudut pandangan saya mengenai minyak. Anda boleh baca semula : Pasaran Minyak Kembali Stabil? 3 Matawang Dunia “Tunggu dan Lihat” dan Minyak “Roller Coaster”; Saudi Dan Iran Jadi Tumpuan

Semalam OPEC telah pun bersetuju untuk pemotongan pengeluaran minyak mentah yang pertama dalam tempoh 8 tahun. Had pengeluaran yang telah dipersetujui adalah di antara 32.5 kepada 33 juta tong sehari. ‘outlook’ minyak kini berada di tahap terbaik dalam pasaran dengan jangkaan masih mensasarkan harga sekitar 50$ setong menjelang persidangan OPEC seterusnya pada akhir bulan November nanti.

Harga minyak di Malaysia pula bagi RON 95 dan RON 97 dijangkakan akan menaik sebanyak 15-20 sen seliter apabila harga baru pada bulan Oktober diumumkan nanti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: