Harga Minyak Mencapai Sasaran Awal, Apa Pula Selepas Ini?

Harga Minyak Mencapai Sasaran Awal, Apa Pula Selepas Ini?

Hasil daripada persidangan OPEC di Algeria minggu lalu menyaksikan harga minyak melonjak daripada harga 43-44$ setong kepada 49-50$. Pada ketika ini m

Hasil daripada persidangan OPEC di Algeria minggu lalu menyaksikan harga minyak melonjak daripada harga 43-44$ setong kepada 49-50$. Pada ketika ini minyak mentah didagangkan pada paras 49.27$ dan brent pula pada paras 51.39$ setong. Ini bermakna sasaran awal penganalisa-penganalisa pasaran minyak telah dicapai. Apa pula selepas ini?

Harga minyak seperti mana-mana instrumen dagangan yang lain, kesemuanya bergantung pada faktor “Supply & Demand’. Walaupun OPEC pada dasarnya bersetuju untuk menghadkan pengeluaran atau ‘supply’ minyak mereka, namun pada masa yang sama memberi isyarat bahawa mereka juga tiada hak untuk menghalang Iran meningkatkan pengeluaran mereka setelah sekian lama berada dalam sekatan (sanction).

Pasaran juga menerima lambakan pengeluaran daripada negara-negara bukan ahli OPEC yang bakal menambah derita ‘over-supply’ minyak. Namun melihat pada sentimen pedagang terhadap minyak, selera atau ‘bullish mood’ itu kekal relevan sehinggalah persidangan OPEC yang seterusnya nanti.

Pasaran dijangka akan diniagakan sehingga 55$ setong sepanjang bulan Oktober dengan 50$ sebagai harga lantai tidak tetap pada waktu ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: