Harga Minyak Mendatar, Pengesahan Lanjut Terhadap Isu Perjanjian Perdagangan AS-China Diperlukan

Harga Minyak Mendatar, Pengesahan Lanjut Terhadap Isu Perjanjian Perdagangan AS-China Diperlukan

Harga minyak mendapat sokongan pada awal bulan Disember selepas OPEC dan sekutunya bersetuju untuk menurunkan sebanyak 2.1 juta tong atau 2.1% sehari

Harga minyak mendapat sokongan pada awal bulan Disember selepas OPEC dan sekutunya bersetuju untuk menurunkan sebanyak 2.1 juta tong atau 2.1% sehari daripada bekalan minyak dunia pada suku tahun pertama 2020.

Pengumuman tersebut telah menyebabkan kontrak futures minyak WTI melonjak sebanyak 9% pada bulan ini, manakala minyak antarabangsa Brent pula naik sekitar 4%.

Walau bagaimanapun, momentum pembelian melemah dan harga bergerak mendatar pada hari Selasa berikutan China dilihat tidak begitu ghairah dengan perjanjian fasa pertama yang diumumkan oleh Washington pada minggu lalu.

Sehingga jam 6.30 petang, kontrak futures WTI dan Brent kedua-duanya merekodkan peningkatan kecil sekitar 5-10 sen atau 0.1-0.15%

AS dilapor akan menangguhkan penambahan tarif ke atas barangan China dengan syarat Beijing akan menambah pembelian sebanyak $200 billion ke atas produk import pertanian, pembuatan dan tenaga daripada AS untuk dua tahun kehadapan.

Namun begitu, para pelabur masih skeptikal dengan senarai rasmi barangan yang akan dibeli oleh China, termasuk penetapan tarikh rundingan bagi fasa yang seterusnya.

Berdasarkan laporan Reuters, masih terdapat isu yang perlu di kemas kini berkenaan teks perjanjian fasa pertama yang bakal ditandatangani secara rasami pada bulan Januari.

Kedua-dua belah pihak ingin memastikan ungkapan-ungkapan yang digunakan tidak menjadi punca mengeruhkan lagi konflik di masa hadapan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: