Harga Minyak Mengukuh Dengan Gangguan Output Minyak Di AS & Harapan Rawatan Covid-19

Harga Minyak Mengukuh Dengan Gangguan Output Minyak Di AS & Harapan Rawatan Covid-19

Harga minyak mengukuh pada hari Isnin lalu berikutan ribut yang mengancam Teluk Mexico telah menyebabkan penutupan lebih daripada separuh pengeluaran

Harga minyak mengukuh pada hari Isnin lalu berikutan ribut yang mengancam Teluk Mexico telah menyebabkan penutupan lebih daripada separuh pengeluaran minyak di sana.

Selain itu, optimis dengan kemajuan rawatan Covid-19 turut memulihkan sentimen dengan harga minyak Brent yang menjadi ukuran antarabangsa naik 1.15% kepada AS$44.88 setong semalam sementara WTI pula naik 0.7% kepada AS$42.62 setong.

“Harga bergerak mengikut alam semulajadi apabila dua ribut menghentam Teluk Mexico pada pagi ini. Separuh pengeluaran wilayah itu telah ditutup, namun peningkatan harga masih dibatasi oleh ancaman gelombang Covid kedua yang berpanjangan,” kata Stephen Brennock broker minyak dari PVM Oil.

Syarikat tenaga menutup lebih daripada 1 juta tong sehari (bpd) pengeluaran minyak mentah yang berada di luar pesisir di Teluk Mexico AS berikutan ancaman berkembar dari Taufan Marco dan Taufan Tropical Laura.

“Kesan harga yang jauh lebih besar dari faktor ribut adalah ke atas pasaran produk kerana aktiviti kilang di wilayah Texas dan Louisiana berpotensi mengalami pengurangan yang ketara akibat banjir,” kata Jim Ritterbusch, dari Ritterbusch and Associates, dalam sebuah catatan.

Memetik sumber Reuters, Motiva Enterprises mungkin menutup kilang penapisan minyak mentah terbesar di Amerika Syarikat kerana cuaca buruk akhir minggu ini.

Selain isu di atas, harga minyak turut disokong oleh laporan Financial Times yang mengatakan bahawa Presiden AS Donald Trump sedang mempertimbangkan untuk pengesanan pantas ke atas eksperimen vaksin Covid-19 yang dikembangkan oleh AstraZeneca dan Universiti Oxford.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: