Harga Minyak Meningkat, OPEC Mengisyaratkan Tempoh Pemotongan Output Yang Lebih Lama

Harga Minyak Meningkat, OPEC Mengisyaratkan Tempoh Pemotongan Output Yang Lebih Lama

Potensi berlakunya perjanjian peralihan antara UK dan EU serta isyarat daripada OPEC dan sekutunya untuk terus menghadkan pengeluaran menjadi faktor

Potensi berlakunya perjanjian peralihan antara UK dan EU serta isyarat daripada OPEC dan sekutunya untuk terus menghadkan pengeluaran menjadi faktor pendorong kepada peningkatan saham ekuiti dan harga minyak.

Posisi bullish pada pasaran minyak mula mendapat tempat selepas risiko-risiko besar seperti perang perdagangan antara AS dan China dan Brexit semakin memudah.

Kontrak futures minyak Brent yang menjadi penanda aras harga global naik 25 sen atau 0.43% setakat jam 2.30 petang kepada $58.98 per tong sementara minyak WTI di NYMEX pula naik sekitar 21 sen atau 0.40% kepada $53.02 setong.

Kenyataan Setiausaha Agung OPEC Mohammad Barkindo turut memberi sokongan kepada kenaikan harga pada hari ini apabila menyatakan bahawa OPEC akan berusaha melakukan apa yang termampu dengan kuasa mereka bersama pengeluar yang lain untuk mengekalkan kestabilan pasaran minyak melepasi tahun 2020.

Walau bagaimanapun, kata putus bagi isu Brexit menjelang persidangan bersama ketua-ketua blok Eropah pada minggu ini masih belum jelas, namun sebarang perjanjian yang dapat mengelakkan senario ‘hard Brexit’ akan memberi kesan positif kepada pasaran minyak.

Tambahan pula, pendakian harga minyak juga masih terhad berikutan kelembapan ekonomi global dan tambahan bekalan minyak AS empat minggu berturut-turut terus menekan keyakinan para pelabur.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: