Harga Minyak Menjunam, Dikejutkan Oleh Varian Baharu Covid

Harga Minyak Menjunam, Dikejutkan Oleh Varian Baharu Covid

Harga minyak mentah menjunam lebih lima peratus pada Jumaat, cecah paras terendah dua bulan berikutan varian Covid-19 yang baru menakutkan pelabur da

Harga minyak mentah menjunam lebih lima peratus pada Jumaat, cecah paras terendah dua bulan berikutan varian Covid-19 yang baru menakutkan pelabur dan menambah kebimbangan bahawa lebihan bekalan akan mengembang pada suku pertama.

Penemuan varian baharu itu dikatakan paling signifikan pernah ditemui setakat ini, sekali gus meningkatkan potensi untuk disekat perjalanan, melembapkan pertumbuhan ekonomi dan permintaan bahan api.

Sehingga jam 8.30 malam, minyak Brent jatuh 5.67% atau $4.66 kepada $77.54 setong, sementara minyak WTI pula didagang sekitar $73.39 setong, susut 6.37% atau $4.97.

Para pelabur juga sedang memerhati tindak balas China terhadap pengeluaran berjuta-juta tong minyak AS daripada rizab strategik mereka dalam penyelarasan bersama beberapa negara pengguna besar yang lain, bertujuan meredakan kenaikan harga.

OPEC dalam satu kenyataan berkata, pelepasan rizab minyak tersebut dilihat berpotensi mengembangkan bekalan beberapa bulan kehadapan.

Lembaga Suruhanjaya Ekonomi menjangkakan lebihan 400,000 tong sehari (bpd) pada Disember, meningkat kepada 2.3 juta tong bpd pada Januari dan 3.7 juta tong bpd pada Februari, jelas OPEC.

“Penilaian awal OPEC terhadap keluaran simpanan yang diselaraskan serta dan kemunculan mendadak varian baharu coronavirus menimbulkan kebimbangan serius terhadap pertumbuhan ekonomi dan imbangan minyak dalam beberapa bulan mendatang,” kata penganalisis PVM Tamas Varga.

Pengeluaran minyak Iran juga menjadi tumpuan, dengan rundingan secara tidak langsung antara Iran dan AS akan disambung semula pada hari Isnin.

Rundingan bagi memulihkan semula perjanjian nuklear 2015 boleh membawa kepada penarikan balik sekatan AS ke atas eksport minyak Iran.

Bagaimanapun, kegagalan Iran dan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa mencapai persetujuan yang sederhana mengenai pemantauan kemudahan nuklear Tehran minggu ini memberi petanda buruk untuk rundingan minggu depan, kata penganalisis Eurasia Henry Rome.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: