Harga Minyak Mentah Dibebani Pertikaian Perdagangan Antara Amerika Syarikat Dan China.

Harga Minyak Mentah Dibebani Pertikaian Perdagangan Antara Amerika Syarikat Dan China.

Isnin, pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dilihat membebankan pasaran global dan memberi kesan buruk terhadap pasaran niagaan ha

Isnin, pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat dan China dilihat membebankan pasaran global dan memberi kesan buruk terhadap pasaran niagaan hadapan minyak mentah dengan Brent dan WTI didagangkan merosot.

Di Asia, niagaan hadapan minyak mentah Shanghai mula didagangkan kukuh dari segi jumlah dagangan dan harga dengan kontrak niagaan untuk bulan hadapan melonjak 6% apabila instrument perdagangan minyak terbaru di dunia itu mula menerima pelaburan hari ini.

Walau bagaimanapun, peningkatan instrument untuk pasaran minyak dilihat sebagai senjata kepada kemungkinan perang dagangan diantara Amerika Syarikat dan China ini menyebabkan saham Asia (CSI300)(N225)(AXJO) menjunam pada dagangan Isnin. Kejatuhan ini berlaku selepas Presiden AS Donald Trump menandatangani memorandum yang boleh mengenakan tarif sehingga $60 billion import dari China pada minggu lepas.

Niagaan hadapan minyak mentah West Texas Intermediate ( WTI ) AS (CLc1) dipasarkan pada nilai $65.49 setong pada 0543GMT turun 39sen atau 0.6% dari harga penutupan sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent (LCOc1) pula berada pada $ 70.18 setong, turun 27 sen, atau 0.4 peratus.

Harga minyak mentah juga diukur melalui peningkatan jumlah penggerudian oleh AS yang dilihat tertinggi dalam masa 3 tahun dengan jumlah 804 pergerudian aktif sekaligus melonjakkan pengeluarkan kepada 10.4 juta tong sehari (BPD ) perningkatan sebanyak 1 perempat sejak pertengah tahun 2016.

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: