Pasaran minyak mentah jatuh ketika sesi Asia selepas kenaikan mendadak inventori minyak Amerika dan Libya minggu lalu dan dijangka kesannya berlarutan
Pasaran minyak mentah jatuh ketika sesi Asia selepas kenaikan mendadak inventori minyak Amerika dan Libya minggu lalu dan dijangka kesannya berlarutan akan sehingga beberapa bulan.
Namun kemerosotan ini seimbang dengan matawang usd yang melemah dan para pengeluar minyak mengambil langkah optimistik untuk mencapai persetujuan besama mengurangkan bekalan minyak mereka untuk menaikkan harga minyak.
Niaga Hadapan Minyak Brent Bulan Februari menurun sebanyak 4 sen mencecah kepada $54.42 per tong namun harga minyak melonjak ke paras $54.69 per tong semasa sesi dagangan hari ni.
Manakala Niaga Hadapan Minyak American West Intermediate pula menurun sebanyak 5 sen iaitu $52.44 per tong tiba-tiba menaik ke $52.71 pada permulaan sesi dagangan hari ini.
Oleh kerana kemerosotan USD, komoditi yang bergantung kepada USD seperti minyak lebih mudah dimiliki dan memberi potensi keuntungan kepada pemegangnya dari matawang yang lain.
Pada Rabu lalu,Pihak Pengurusan Informasi Tenaga Amerika syarikat melaporkan Minyak Mentah Amerika menaik dengan kejutan minggu lalu dengan kenaikan dalam inventori sebanyak 2.3 million tong jika dibandingkan dengan jumlah susutan 2.5 million tong sebelum ini.
COMMENTS