Harga Minyak Mentah Merosot Apabila OPEC Dijangka Meningkatkan Pengeluaran.

Harga Minyak Mentah Merosot Apabila OPEC Dijangka Meningkatkan Pengeluaran.

  Isnin, harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan pada awal dagangan sesi Asia apabila data pengeluaran dari AS terus menunjukkan

 

Isnin, harga minyak mentah dunia terus mencatatkan penurunan pada awal dagangan sesi Asia apabila data pengeluaran dari AS terus menunjukkan perningkatan dan kebarangkalian negara pengeluar OPEC yang bakal memutuskan untuk meningkatkan aktiviti pengeluaran baru pada akhir bulan ini.

Pada jam 1040 PM ET ( 0240 GMT ) , niagaan hadapan West Texas Intermediate ( WTI ) untuk penghantaran Julai mencatatkan penurunan 0.09% untuk didagangkan pada harga $ 65.75 setong, manakala untuk niagaan hadap Brent untuk penghantaran Ogos yang didagangkan di London pula mengalami kemerosotan sebanyak 0.30% untuk didagangkan pada harga $76.56 setong.

Pengeluaran minyak mentah AS semakin meningkat dan menghampiri pengeluaran pengeluar utama minyak dunia Rusia yang mengeluarkan hampir 11 juta tong sehari , perningkatan sebanyak satu perempat dalam masa dua tahun.

Mengikut data yang diumumkan oleh Pentadbiran Maklumat Tenaga yang dikeluarkan pada hari Khamis lepas, pengeluaran minyak mentah AS terus meningkat pada bulan Mac dengan mencatatkan rekod bulanan iaitu sebanyak 10.47 Juta tong sehari .

Di AS , firma perkhidmatan tenaga Baker Hughes General Eletric mengeluarkan kenyataan pada hari jumaat bahawa pelantar aktif di AS meningkat kepada 861 sekaligus mencatatkan kenaikkan bilangan untuk kali kelapan dalam masa Sembilan ( 9 ) minggu, dengan penambahan dua ( 2 ) pelantar aktif baru yang meletakkan jumlah tersebut menyamai rekod pelantar aktif terbanyak yang pernah dicatatkan pada Mac 2015.

Sementara itu Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum ( OPEC ) dan ahli-ahli bukan-OPEC termasuk Rusia dijangka akan bertemu di Vienna pada 22 Jun

dan berbincang mengenai meningkatkan jumlah pengeluaran pada hujung bulan ini dengan jangkaan pernambahan sebanyak 1 juta tong sehari bagi menampung kekurangan bekalan yang dijangkakan selepas sekatan perdagangan dikenakan tehadap iran yang mengeluarkan 4% dari jumlah eksport dunia serta kekurang pengeluaran dari Venezuela yang mengalami krisis dalaman.

 

 

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: