Harga Minyak Mentah Merosot Selepas Laporan Bulanan OPEC

Harga Minyak Mentah Merosot Selepas Laporan Bulanan OPEC

Harga minyak mentah merosot pada hari Khamis selepas OPEC menurunkan unjuran permintaan minyak mereka lebih dari yang dijangkakan walaupun data bekal

Harga minyak mentah merosot pada hari Khamis selepas OPEC menurunkan unjuran permintaan minyak mereka lebih dari yang dijangkakan walaupun data bekalan minyak AS mensiyaratkan hal yang berbeza.

Harga minyak mentah Brent turun 16 sen kepada AS$ 45.27 setong setakat jam 2.30 petang, selepas mencatat peningkatan sekitar 2% pada sesi sebelumnya sementara minyak WTI pula susut 15 sen pada AS$ 42.52 setong setelah naik 2.6% pada hari Rabu.

Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menerusi laporan bulannya berkata bahawa permintaan minyak dunia akan turun 9.06 juta barel per hari (bpd) tahun ini, lebih tinggi berbanding jangkaan 8.95 juta bpd yang dikeluarkan pada bulan Julai yang lalu.

Berbeza dengan apa yang berlaku di AS, data rasmi oleh EIA menunjukkan bekalan minyak mentah, gasolin dan sulingan jatuh pada minggu lalu, didorong oleh permintaan yang bertambah baik serta kilang penapisan meningkatkan pengeluarannya.

Inventori minyak mentah AS oleh EIA turun sebanyak 4.5 juta tong, melebihi jangkaan 2.9 juta tong, sekali gus memberi sokongan kepada harga minyak semalam.

Namun begitu, pengeluran minyak mentah AS juga diramalkan jatuh 990,000 bpd pada tahun ini kepada 11.26 juta bdp, lebih rendah berbanding 600,000 bdp yang dijangkakan bulan lalu, yang mana menambah keraguan terhadap kedudukan permintaan minyak di peringkat global.

Selain itu, kebuntuan kerajaan AS meluluskan pakej ransangan ekonomi baru bagi mengurangkan impak wabak turut meningkatkan ketidaktentuan sehingga kembali mempengerahui sentimen pada hari ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: