Harga Minyak Merosot Dengan Penambahan Bekalan Minyak Mentah AS Yang Mendadak, Optimis Terhadap Isu Perdagangan Menghadkan Kerugian

Harga Minyak Merosot Dengan Penambahan Bekalan Minyak Mentah AS Yang Mendadak, Optimis Terhadap Isu Perdagangan Menghadkan Kerugian

Harga minyak merosot pada hari Rabu selepas data industri menunjukkan penmabhan bekalan minyak mentah AS yang melebihi jangkaan. Namun begitu, har

Harga minyak merosot pada hari Rabu selepas data industri menunjukkan penmabhan bekalan minyak mentah AS yang melebihi jangkaan.

Namun begitu, harapan untuk melihat konflik perdagangan antara AS-China ditamatkan telah menghadkan kerugian dan sehingga jam 10.50 pagi, kontrak futures Brent didagang sekitar $62.62, susut 32 sen sementara minyak WTI pula jatuh 29 sen kepada $56.94 setong.

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh API, bekana minyak mentah AS telah meningkat 4.3 juta tong pada minggu lalu, melepasi ramalan ahli ekonomi yang menjangkakan purata peningkatan sekitar 1.5 juta tong.

Data rasmi akan diterbitkan oleh EIA pada hari ini dan menjelang laporan tersebut, keyakinan untuk melihat AS dan China menyelesaikan persengketaan isu perdagangan mereka telah menyekat pasaran minyak daripada terus merosot.

China kini sedang berusaha menekan Trump untuk memansuhkan tarif-tarif yang lama sebagai salah satu syarat dalam perjanjian fasa pertama yang bakal ditandatangani secara rasmi pada bulan ini.

Setiausaha Agung OPEC Mohammad Barkindo pada hari Selasa pula berkata, outlook pasaran minyak tahun hadapan masih mempunyai potensi untuk terus menaik.

Walau bagaimanapun, berdasarkan laporan Outlook Minyak Dunia 2019, OPEC dijangka akan mula membekalkan kembali output minyak yang telah dikurangkan lima tahun kehadapan yang telah ditekan oleh peningkatan output minyak shale AS dan beberapa saingan yang lain.

OPEC dan Russia bersetuju untuk terus menurunkan pengeluaran minyak mereka kepada 1.2 juta tong sehari sehingga Mac 2020 dan mereka akan mengadakan pertemuan pada awal bulan Disember hadapan bagi menyemak kembali dasar output yang telah dilaksanakan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: