Harga Minyak Naik Dengan Harapan OPEC+ Akan Tangguhkan Penambahan Output Pada Januari

Harga Minyak Naik Dengan Harapan OPEC+ Akan Tangguhkan Penambahan Output Pada Januari

Pasaran minyak mengekalkan momentum pada hari Selasa, keluar daripada penurunan mendadak Jumaat lalu dengan harapan pengeluar utama akan menghentikan

Pasaran minyak mengekalkan momentum pada hari Selasa, keluar daripada penurunan mendadak Jumaat lalu dengan harapan pengeluar utama akan menghentikan rancangan untuk menambah bekalan minyak mentah pada Januari.

Jangkaan ini muncul di tengah-tengah ketidakpastian mengenai tahap impak negatif varian coronavirus Omicron ke atas ekonomi.

Sehingga jam 11.15 pagi, kontrak hadapan WTI naik $1.00 atau 1.4% ke paras $70.95 setong, menambah peningkatan 2.6% yang direkodkan semalam.

Brent pula didagang sekitar $73.95 setong, naik 90 sen atau 1.11% selepas mencatat peningkatan 1% pada sesi dagangan yang lalu.

Minyak menjunam sekitar 12% pada hari Jumaat bersama-sama dengan pasaran kewangan lain, dipandu oleh kebimbangan penularan varian Omicron akan mencetuskan sekatan baharu dan menjejaskan pertumbuhan global.

Dengan prospek permintaan kurang memberangsangkan, OPEC dan sekutu mereka, OPEC+ dalam pertemuan 2 Disember ini dijangka akan menangguhkan rancangan untuk menambah 400,000 tong sehari (bpd) bekalan pada bulan Januari.

“Kami jangka OPEC akan cenderung ke arah menghentikan penambahan output kerana varian Omicron dan pelepasan simpanan strategik oleh pengguna minyak utama,” kata penganalisis komoditi Commonwealth Bank Vivek Dhar dalam nota kepada pelanggan.

OPEC telah pun menghadapi tekanan untuk mempertimbangkan hal tersebut selepas AS dan negara pengguna minyak utama yang lain melepaskan simpanan kecemasan minyak mentah mereka pada minggu lalu untuk membendung kenaikan harga.

Selain itu, pasaran minyak juga ditekan oleh prospek penyambungan semula eksport minyak dari Iran, berikutan kenyataan positif daripada para diplomat semalam mengenai rundingan antara kuasa dunia dengan Iran untuk menghidupkan semula pakatan nuklear.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: