Harga Minyak Naik Menghampiri Paras Tertinggi Tahunan

Harga Minyak Naik Menghampiri Paras Tertinggi Tahunan

Harga minyak terus meningkat menghampiri paras tertinggi tahunan pada hari Isnin, didorong oleh penyusutan aktiviti galian minyak serta jangkaan AS ak

Harga minyak terus meningkat menghampiri paras tertinggi tahunan pada hari Isnin, didorong oleh penyusutan aktiviti galian minyak serta jangkaan AS akan memperkenalkan semula sekatan minyak ke atas Iran.

Pasaran hadapan minyak WTI naik 27 sen kepada $65.21 per tong, manakala minyak Brent yang menjadi rujukan harga minyak dunia naik 37 sen kepada $69.71 per tong.

Menurut laporan perkhidmatan tenaga Baker Hughes yang dikeluarkan pada hari Khamis lepas, jumlah pelantar minyak shale AS berkurangan sebanyak 7 unit kepada 797.

Penurunan pada aktiviti galian minggu lepas merupakan yang pertama dalam tempoh 3 minggu yang lalu.

Selain itu, seperti yang diketahui hampir kesemua pelabur, harga juga masih mendapat sokongan kuat daripada perjanjian had pengeluaran antara OPEC dan Rusia yang dilaksanakan sejak awal tahun 2017 dan bakal tamat pada akhir tahun ini.

Walaubagaimanapun, pasaran masih berjaga-jaga dengan tekanan akibat konflik perdagangan antara China dan AS kerana dijangka akan menjadi punca kepada ketidaktentuan ekonomi global serta melemahkan sentimen bullish yang menguasai pasaran minyak ketika ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: