Harga Minyak RON95 dan RON97 Naik 2-3 Sen Tengah Malam Ini

Harga Minyak RON95 dan RON97 Naik 2-3 Sen Tengah Malam Ini

Kenaikan harga minyak sepatutnya telah bermula, seawal sukuan kedua tahun ini apabila, stok simpanan minyak AS dan seluruh dunia dilihat mula menyusut

Kenaikan harga minyak sepatutnya telah bermula, seawal sukuan kedua tahun ini apabila, stok simpanan minyak AS dan seluruh dunia dilihat mula menyusut setelah beberapa lapangan operasi perlombongan minyak di Libya menghentikan pengeluaran dan jumlah permintaan yang meningkat apabila musim panas bakal tiba nanti.

Namun, harga minyak terus tertekan untuk terus berada di bawah paras 54$ setong, dan pada ketika ini harga minyak berada disekitar paras menghampiri $52 setong. Ia merupakan kejatuhan berterusan dalam tempoh 4 hari sejak minggu lalu, walaupun laporan EIA pada minggu lepas menunjukkan tanda positif untuk peningkatan harga minyak bermula.

Mungkin ketegangan di benua Asia tengah menjadikan harga minyak jatuh, pelabur meninggalkan minyak untuk beralih kepada emas. Pada masa yang sama, OPEC melihat keseimbangan pengeluaran minyak hampir dicapai dan harus menunggu sehingga 25 Mei nanti untuk bermesyuarat kembali jika mahu untuk meneruskan usaha pemotongan pengeluaran mereka.

Untuk di Malaysia, harga minyak petrol RON95 naik sebanyak 3 sen manakala RON97 pula naik sebanyak 2 sen. Walaupun pada perkiraan kasarnya, dengan mengambil kira kekuatan Ringgit berbanding dolar AS pada ketika ini dan harga jualan runcit MOPS, harga minyak tidak sepatutnya naik malah sepatutnya turun sebanyak 2-3 sen.

Dijangkakan harga minyak mentah dunia akan mula meningkat semula, apabila kegusaran geopolitik kembali stabil dan jumlah permintaan bertambah menjelang musim panas nanti. Paras tertinggi yang harus ditembusi secara konsisten untuk harga mencari paras $60 setong adalah $54.60 dan paras di bawah $51.60 adalah sangat kritikal, jika tembus mungkin harga mampu kembali jatuh semula ke paras di bawah $48 setong.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: