Harga minyak mentah AS jatuh menghampiri paras terendah 8 minggu yang lalu selepas data simpanan minyak yang diterbitkan semalam melonjak melebihi jan
Harga minyak mentah AS jatuh menghampiri paras terendah 8 minggu yang lalu selepas data simpanan minyak yang diterbitkan semalam melonjak melebihi jangkaan pasaran.
Minyak West Texas Intermediate (WTI) susut $1.85 atau -3.22% pada hari Rabu dan stabil didagang sekitar paras $65.09 per tong
Minyak Brent yang menjadi penanda aras harga minyak dunia pula jatuh 2.10% pada sesi yang lalu dan didagang pada harga $71.11 per tong setakat jam 10.45 pagi.
Pasaran menjangkakan penyusutan -2.499 juta simpanan minyak pada minggu lalu, namun laporan rasmi EIA menunjukkan lebihan simpanan minyak AS melonjak sebanyak 6.085 juta tong menjadikan jumlah bekalan berada di paras 414.2 juta tong.
Menurut EIA, angka yang mengejutkan ini didorong oleh peningkatan import bekalan minyak sebanyak 1.341 juta tong sehari (bdp) sementara eksport menyusut 2.58 bdp.
Walau bagaimanpaun, peningkatan aktiviti penapisan masih memberi sokongan kepada permintaan minyak sekali gus mengehadkan kejatuhan harga pasaran.
Tambahan pula, tanda-tanda yang menunjukkan permintaan minyak mentah Iran semakin berkurangan dilihat mengimbangi penurunan tersebut.
Negara India yang merupakan pengguna kedua terbesar minyak Iran dilaporkan sedang berusaha untuk mengehadkan separuh import minyak mereka daripada Iran bagi mengekalkan hubungan perdagangan bersama AS yang telah mengenakan sekatan ke atas Iran.
Secara keseluruhan, sentimen bearish pasaran minyak masih kuat, didorong oleh peningkatan dollar serta impak ke atas permintaan minyak akibat daripada potensi kejatuhan lira merebak ke dalam pasaran global.
COMMENTS