Harga Minyak Stabil Disokong Oleh Tekanan Geopolitik Saudi & Penurunan Eksport Minyak Iran

Harga Minyak Stabil Disokong Oleh Tekanan Geopolitik Saudi & Penurunan Eksport Minyak Iran

Harga minyak pada hari Selasa stabil dengan petunjuk eksport minyak Iran menyusut pada bulan Oktober berbanding data bulan September menjelang sekatan

Harga minyak pada hari Selasa stabil dengan petunjuk eksport minyak Iran menyusut pada bulan Oktober berbanding data bulan September menjelang sekatan AS ke atas Iran pada 4 November.

Pasraran minyak Brent bagi bulan Disember yang menjadi indikator harga minyak antarabangsa naik 24 sen atau 0.28% kepada $81.00 per tong setakat jam 2 petang.

Minyak WTI bagi bulan November di Comex NYMEX pula naik 8 sen kepada $71.86 per tong.

Menurut laporan Reuters, eksport minyak Iran kepada negara termasuk India, China dan Turki pada dua minggu pertama bulan Oktober, jatuh daripada 1.6 juta tong sehari (bdp) pada bulan September kepada 1.33 juta bdp.

Hasil eksport telah jatuh mendadak daripada 2.5 juta bdp pada bulan April sebelum Presiden AS Donald Trump menarik diri daripada perjanjian nukelar dengan Iran pada bulan Mei.

Selain itu, Trump turut mengarah untuk dikenakan sekatan ekonomi ke atas Iran, negara pengeluar minyak ketiga terbesar OPEC.

Ketidaktentuan dalam pasaran akan terus menekan sentimen pelabur sehingga 4 November, tarikh dimana akan diputuskan sama ada AS akan memansuhkan eksport minyak Iran kepada kosong atau diberi pengecualian.

Sebahagian penganalisis melihat harga Brent dijangka dapat kekal di dalam julat harga $80 per tong dan ke atas sementara WTI pula sekitar $70-$75.

Harga minyak mentah juga disokong oleh tekanan geopolitik yang sedang melanda Arab Saudi akibat daripada kehilangan wartawan mereka di Turki.

Pegawai Turki mendakwa perisik Arab Saudi telah membunuh wartawan Jamal Khashoggi pada 2 Oktober di konsulat Saudi di Istanbul.

Trump telah memberi amaran untuk mengenakan hukuman yang setimpal ke atas kerajaan saudi jika wartawan Khashoggi didapati terbunuh dan telah menghantar Setiausaha Negara Mike Pompeo untuk bertemu Raja Salman.

Saudi yang mempunyai kapasiti pengeluaran minyak tambahan terbesar dijangka meningkatkan eksport mereka bagi menampung kerugian bekalan minyak Iran akibat disebabkan oleh sekatan AS.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: