Harga Minyak Terus Maju, Aktiviti Penggalian Minyak AS Turun Empat Minggu Berturut-turut

Harga Minyak Terus Maju, Aktiviti Penggalian Minyak AS Turun Empat Minggu Berturut-turut

Pasaran minyak terus mara ke paras yang lebih tinggi pada hari Isnin, mengekalkan momentum menaik yang dicatat pada minggu lalu sementara Saudi dan R

Pasaran minyak terus mara ke paras yang lebih tinggi pada hari Isnin, mengekalkan momentum menaik yang dicatat pada minggu lalu sementara Saudi dan Rusia berjanji akan meningkatkan kadar pematuhan syarat pada perjanjian pemotongan minyak mereka.

Menteri Tenaga Rusia, Alexander Novak pada hari Ahad lalu berjanji bahawa Moscow akan mematuhi sepenuhnya syarat had pengeluaran beberapa minggu-minggu kehadapan.

“Berkenaan sasaran output yang telah disepakati, kami merancang untuk mencapai angka tersebut pada akhir Mac ini ataupun pada awal bulan April”, kata Novak.

Tambah beliau, “Tempoh perancangan tersebut adalah lebih cepat sebulan berbanding waktu yang sama pada dua tahun yang lalu”.

Sehingga jam 12.15 tengahmalam, futures minyak WTI naik 44 sen kepada $59.23 per tong sementara minyak antarabangsa Brent naik 20 sen kepada $67.36 per tong.

WTI telah mencatat peningkatan sebanyak 4.3% pada minggu lalu manakala Brent pula telah menambah nilai mereka sebanyak 2.1%.

Pasaran minyak turut disokong oleh pemotongan pengeluaran minyak oleh ketua OPEC, Arab Saudi yang melebihi daripada apa yang dijanjikan.

Menteri Tenaga Saudi, Khalid al-Falih berkata bahawa beliau optimis dengan komitmen perjanjian OPEC namun memberi amaran bahawa pengimbangan pasaran minyak masih jauh kerana bekalan minyak kekal tinggi.

Selain itu, penerusan momentum menaik harga minyak turut dipandu oleh penurunan angka galian minyak Baker Hughes empat minggu berturut-turut.

Trend menurun ini telah membantu mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap rekod pengeluaran minyak Amerika yang telah mencapai paras tertinggi 12.1 juta tong sehari (bdp) yang dilihat mampu menggugat usaha OPEC dan Rusia menstabilkan pasaran minyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: