Harga Minyak Bakal Terus Melonjak?

Harga Minyak Bakal Terus Melonjak?

Minyak melakukan penutupan harga tertinggi sejak Jun 2015 manakala dagangan melonjak selepas data industri A.S. menunjukkan stok minyak mentah terus m

Minyak melakukan penutupan harga tertinggi sejak Jun 2015 manakala dagangan melonjak selepas data industri A.S. menunjukkan stok minyak mentah terus menyusut sedang para pelabur masih menunggu-nunggu keputusan OPEC samada untuk meneruskan pemotongan pengeluaran.

API melaporkan inventori minyak turun sebanyak 6.36 juta tong pada minggu lepas manakala data mingguan daripada EIA pada malam ini dijangka menunjukkan bekalan minyak berkurang sebanyak 2.2 juta tong.

Negara-negara OPEC akan bermesyuarat di Vienna pada minggu depan untuk memutuskan samada mahu meneruskan pemotongan bekalan selepas bulan Mac tahun hadapan. Arab Saudi telah mengurangkan eksport minyak mentah mereka ke paras paling rendah sejak 2011 pada bulan September.

Pasaran optimis melihat bagaimana pengurangan bekalan memberi respon yang baik pada harga minyak ketika ini. Brent terus mengekalkan harga sokongan di paras > $61, seakan-akan memberi isyarat harga mampu untuk melonjak lebih tinggi.

Harga Brent semasa ini adalah pada sekitar $63.234 setong, setelah melakukan pembetulan harga di paras 61.00. Resistance terdekat yang perlu ditembusi berada di paras $64.830 sebelum harga mungkin mampu untuk meneruskan perjalanan ke paras harga $67.00 setong menjelang akhir tahun 2017.

Ringgit berada pada paras 4.1118 meneruskan pengukuhan pada minggu ini berbanding USD. Menurut laporan MOPS95 pada 21 November 2017, harga pasaran bagi minyak petrol adalah pada $75 setong atau $0.472/RM1.94 seliter. Harga minyak petrol dijangka akan berada pada harga RM2.260 seliter bermula tengah malam nanti.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: