oil-winter-us

Harga Minyak Terus Meningkat Berikutan Permintaan Yang Kukuh

Harga minyak terus meningkat pada awal dagangan hari Khamis selepas melonjak lebih 3% pada hari sebelumya, didorong oleh rekod eksport minyak mentah AS dan dolar AS yang lebih lemah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 49 sen, atau 0.52%, kepada AS$94.27 setong setakat jam 7.10 petang. Minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) pula naik 51 sen, atau 0.6%, kepada AS$88.42.

Menurut data rasmi semalam, simpanan minyak mentah AS meningkat sebanyak 2.6 juta tong pada minggu lalu dengna eksport minyak mentah naik kepada 5.1 juta tong sehari, angka terbesar pernah direkodkan.

Para pelabur mengaitkan lonjakan eksport itu akan melebarkan jurang perbezaan antara WTI-Brent, pada dagangan Rabu, yang kini berada lebih AS$8 setong.

Kelemahan dolar turut menambah sokongan kerana telah menjadi faktor ketara yang menghalang keuntungan pasaran minyak mentah.

Dolar AS yang lebih lemah menjadikan minyak mentah berdenominasi dolar lebih murah untuk pemegang mata wang lain.

Selain itu, harga turut meningkat dengan dorongan laporan berita Bloomberg bahawa AS dan Kesatuan Eropah mungkin akan berpuas hati dengan had yang lebih longgar pada harga yang lebih tinggi dengan negara G7 dan Australia komited untuk mematuhinya.

Eropah dijangka akan mengharamkan import minyak dari Rusia pada bulan hadapan dan menyekat kapal penghantaran Rusia daripada industri insurans perkapalan global.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *