ringgit3

Harga Minyak Terus Merosot, Ringgit Berisiko Jatuh Ke Paras Terendah 24 tahun

Ringgit Malaysia kini menguji paras terendah 2017 apabila kemerosotan harga minyak semakin membuka pintu untuk ringgit jatuh ke paras yang tidak pernah dilihat sejak krisis kewangan Asia 1998.

Mata wang ringgit masih berada dalam penurunan yang stabil sejak suku pertama walaupun harga untuk eksport komoditi negara meningkatan sepanjang tahun ini, kata penganalisis di Goldman Sachs Group Inc.

Malah mata wang ringgit kini lebih bersiko dengan kejatuhan mendadak minyak mentah dan minyak sawit daripada paras tertinggi 2020 sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kata Qi Gao, pakar strategi asing di Scotiabank Singapura.

“Sebarang kemerosotan lanjut dalam minyak mentah atau dalam sentimen risiko pada beberapa minggu hadapan mungkin akan menarik ringgit turun bersama mereka,” tambahnya.

Setakat jam 3.30 petang, ringgit mencecah 4.4823 berbanding dolar, terendah sejak Januari 2017.

Walaupun Malaysia menunjukkan aliran masuk ekuiti sebanyak AS$1.82 bilion hingga 18 Ogos tahun ini, namun kedudukan tersebut belum terjamin dapat diteruskan.

“Kemungkinan penentu bagi pergerakan dolar-ringgit ialah aliran portfolio, bukannya perdagangan,” kata Galvin Chia, pakar strategi pasaran baru muncul di NatWest Markets di Singapura.

Jika berlakunya satu lagi penghindaran risiko yang lebih luas serta aliran keluar portfolio yang besar, ringgit berisiko ke paras 4.50, paras terendah Januari 1998, jelasnya.

Pada minggu hadapan, dolar berkemungkinan mendapat rangsangan daripada pengukuhan retorik hawkish para pegawai Fed, manakala pengukuhan ringgit berkemungkinan memerlukan angka inflasi Malaysia yang lebih baik pada 26 Ogos ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *