oil-pump1

Harga Minyak Terus Merosot, Seiring Kejatuhan Ekuiti Susulan Penutupan SVB

Harga minyak turun lebih daripada $2 setong pada hari Selasa, melanjutkan kejatuhan hari sebelumnya berikutan keruntuhan Silicon Valley Bank menggegarkan pasaran ekuiti dan mencetuskan kebimbangan mengenai krisis kewangan baharu.

Setakat jam 8.00 malam, niaga hadapan minyak mentah Brent turun $1.26, atau 1.5 peratus, kepada $79.53 setong.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) AS pula merosot $1.40, atau 1.9 peratus, kepada $73.42 setong.

Pada hari Isnin yang lalu, Brent dan WTI yang menjadi rujukan harga antarabangsa masing-masing jatuh ke paras terendah sejak awal Januari dan Disember.

Harga minyak juga dilihat turun seiring dengan penurunan berterusan dalam pasaran ekuiti.

“Kami melihat perkembangan di sekitar bank-bank serantau AS pada hari Isnin lebih memberi kesan berbanding berita mengenai pasaran komoditi, dan ia tidak sepatutnya memberi sebarang kesan jangka sederhana hingga panjang yang bermakna,” kata penganalisis UBS Carsten Menke.

Penutupan mendadak SVB Financial mencetuskan kebimbangan mengenai risiko kepada bank lain akibat kenaikan kadar faedah yang mendadak Federal Reserve sepanjang tahun lepas.

Para pelabur kini tidak lagi menjangkakan kenaikan kadar 50 mata asas (bps) minggu depan, dengan unjuran semasa kenaikan 25 mata asas, malah menjelang keluaran data harga pengguna AS pada hari ini.

Kenaikan kadar yang lebih rendah memberi isyarat kepada dolar yang lebih lemah dan harga minyak yang lebih tinggi.

Manakala, hasil inflasi pengguna AS yang lebih kukuh daripada jangkaan pada malam ini juga boleh memberikan tekanan ke bawah ke atas harga minyak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *