shell-fuel-tanker-in-a-depot

Harga Minyak Tinggi, Shell Catat Keuntungan Lima Kali Ganda Pada Q2

Shell pada hari ini melaporkan bahawa keuntungan bersihnya melonjak lebih lima kali ganda kepada AS$11.5 bilion pada suku kedua 2022, didorong oleh kenaikan harga minyak dan gas.

Syarikat tenaga gergasi UK itu juga memberi ganjaran kepada pemegang saham dengan satu lagi pembelian balik yang memberangsangkan.

Lonjakan keuntungan dalam tempoh tiga bulan hingga Jun sebahagiannya disebabkan oleh pembalikan penurunan nilai sebanyak AS$4.3 bilion selepas syarikat itu menaikkan unjurannya untuk pasaran gas dan minyak.

“Kami menyampaikan keputusan kewangan yang kukuh,” kata CEO Shell Ben van Beurden dalam satu kenyataan mengiringi laporan itu.

Shell juga mengumumkan program pembelian balik saham AS$6 bilion, setelah memulangkan AS$8.5 bilion kepada pemegang saham.

Van Beurden juga memberi amaran bahawa “dengan pasaran tenaga yang tidak menentu, pergolakan ekonomi dan keperluan untuk segera bertindak dalam menangani perubahan iklim, tahun 2022 terus memberikan cabaran kepada pengguna, kerajaan dan syarikat”.

Shell berjaya mencatat keuntungan AS$3.4 bilion pada suku kedua 2021 selepas rugi AS$18.1 bilion dalam tempoh yang sama pada tahun 2020, ketika syarikat mengambil caj kemerosotan nilai besar-besaran terhadap pasaran minyak yang dilanda Covid.

Bagaimanapun, harga minyak dan gas semakin melonjak tahun ini berikutan perang di Ukraine dan pembukaan semula negara-negara daripada sekatan Covid.

Harga gas, yang melonjak pada Mac selepas Rusia melancarkan pencerobohan ke atas Ukraine, melonjak sekali lagi pada minggu ini selepas Moscow mengurangkan penghantaran tenaga penting ke Eropah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *