Harga Minyak Turun Akibat Penurunan Outlook Ekonomi IMF, Fokus Kini Beralih Kepada Ribut Taufan Michael

Harga Minyak Turun Akibat Penurunan Outlook Ekonomi IMF, Fokus Kini Beralih Kepada Ribut Taufan Michael

Harga minyak jatuh pada hari Rabu selepas IMF menurunkan unjuran pertumbuhan global mereka, namun pasaran masih disokong oleh penutupan hampir 40 pera

Harga minyak jatuh pada hari Rabu selepas IMF menurunkan unjuran pertumbuhan global mereka, namun pasaran masih disokong oleh penutupan hampir 40 peratus pengeluaran minyak AS di Teluk Mexico akibat ribut taufan Michael yang sedang menuju Florida.

Menurut Pusat Taufan Negara, taufan Michael semakin kuat dan telah mencapai kategori keempat yang merupakan peringkat paling bahaya.

Pengeluar minyak telah memindahkan kakitangan mereka daripada 75 platform berikutan ribut kini sedang menuju ke tengah daratan Teluk Meixco di Florida.

Berdasarkan maklumat daripada Biro Keselamatan dan Penguatkuasaan Alam Sekitar, penutupan syarikat pengeluar telah mengurangkan sekitar 670,000 pengeluaran tong minyak harian dan 726 juta kaki padu gas natural sehingga pertengahan hari Selasa yang lalu.

Pasaran minyak Brent jatuh 42 sen kepada $84.58 per tong selepas naik 1.3% pada hari Selasa yang lalu, sementara minyak WTI pula susut 35 sen kepada $74.61 per tong setakat jam 9.45 malam.

Penganalisis daripada City Index berkata, “Ribut taufan Michael sedang menunju Teluk Mexico, namun ketika ini taufan dilihat akan melepasi kawasan pengeluaran utama. Sementara itu, sekatan ke atas Iran hanya tinggi beberapa minggu sahaja lagi”.

IMF pula menurunkan outlook pertumbuhan ekonomi global bagi tahun 2018 dan 2019 pada hari Selasa, meningkatkan kebimbangan terhadap berlakunya kemerosotan permintaan minyak.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: