Harga Roti Gardenia Naik Hingga 20 Sen Berkuatkuasa Hari Ini

Harga Roti Gardenia Naik Hingga 20 Sen Berkuatkuasa Hari Ini

Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata, berhadapan kenaikan harga bahan mentah seperti lemah sayuran, serbuk kok, susu dan kos

Gardenia Bakeries Sdn Bhd (GBKL) dalam satu kenyataan berkata, berhadapan kenaikan harga bahan mentah seperti lemah sayuran, serbuk kok, susu dan kos pembungkusan beberapa produk roti berperisa jenama Gardenia akan mengalami kenaikan harga antara 5-20 sen bermula 1 Disember.

GBKL menegaskan bahawa kenaikan luar biasa dari segi kos pembuatan dan bahan mentah berada di luar kawalan syarikat.

Oleh itu, kos sebelum ini masih mampu ditampung oleh syarikat, namun kini tiada alternatif lain kecuali membuat semakan semula harga produk-produk Gardenia yang terpilih.

Sementara itu, bagi produk yang tidak disenaraikan, harga akan dikekalkan berikutan kemampuan syarikat untuk terus menampung kos pembuatan.

“Menaikkan harga adalah langkah terakhir setelah semua usaha diambil dan tumpuan ketika ini adalah mengoptimumkan produktiviti dan kecekapan di kilang-kilang kami”. jelas GBKL.

Berikut adalah produk yang mengalami perubahan harga;

Naik RM0.05 kepada RM1.10

  1. Gardenia Squiggles Funky Strawberry
  2. Gardenia Squiggles Choco Malto
  3. Gardenia Delicia Soft Roll Butter Toffee
  4. Gardenia Delicia Soft Roll Sambal Bilis
  5. Gardenia Fluffy Red Beans

Naik RM0.20 kepada RM4.70

  1. The Gardenia Toast’em Butter Raisin
  2. Gardenia Delicia Butterscotch
  3. Gardenia Delicia Choco Raisin
  4. Gardenia Delicia Raspberry Milk & Cranberries

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: