Harga WTI Susut Lima Sesi Berturut-turut, Menguji Paras Terendah Tiga Bulan Lalu

Harga WTI Susut Lima Sesi Berturut-turut, Menguji Paras Terendah Tiga Bulan Lalu

Harga bagi satu barel minyak WTI kini menjunam di bawah $37, paras terendah sejak akhir Jun yang lalu. Penyusutan lima sesi dagangan berturut-turu

Harga bagi satu barel minyak WTI kini menjunam di bawah $37, paras terendah sejak akhir Jun yang lalu.

Penyusutan lima sesi dagangan berturut-turut pada sehingga hari Selasa telah menyebabkan harga bagi satu barel minyak WTI menjunam di bawah $37, susut 8.40% atau $3.30 setong ke paras terendah sejak akhir Jun yang lalu.

Kebimbangan terhadap isu permintaan kembali memuncak berikutan peningkatan kes baru koronvirus di seluruh dunia yang mana dilihat berisiko mengancam pemulihan ekonomi yang sedang berlangsung.

Selain itu, peningkatan berterusan USD juga menjadi faktor tambahan yang memicu kepada sentimen penjualan komoditi pada sesi-sesi pasaran yang lalu.

Laporan dari komuniti spekulatif menunjukkan posisi bersih pembelian (net long) minyak mentah turun ke tahap terendah sejak awal April pada minggu yang berakhir pada 1 September, seperti di Laporan Posisi CFTC terbaru.

Fokus pasaran kini tertumpu kepada laporan bekalan mingguan minyak mentah AS yang akan dikeluarkan oleh API pada hari Rabu, data rasmi EIA pada hari Khamis dan kiraan jumlah pelantar minyak mingguan oleh Baker Hughes pada hari Jumaat.

Fresh demand concerns have re-surfaced on the back of the strong pick-up in coronavirus cases around the world, which threatens to undermine the ongoing economic recovery. In addition, the persistent move up in the greenback has been also collaborating with the selling sentiment in the commodity in past sessions.

Secara teknikal, WTI telah kehilangan hampir 15% pada bulan ini, dan penyusutan melepasi paras $36.30 berpotensi membuka laluan kepada pasaran untuk menguji harga terendah 15 Jun sekitar $34.40, kemudian di paras terendah 22 Mei sekitar $30.70.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: