Pengukuhan sentimen USD didorong oleh data ekonomi bercampur yang lebih baik pada minggu lalu, komen positif daripada pegawai-pegawai Fed dan juga pem
Pengukuhan sentimen USD didorong oleh data ekonomi bercampur yang lebih baik pada minggu lalu, komen positif daripada pegawai-pegawai Fed dan juga pemotongan cukai yang berjaya diluluskan dengan sokongan 51 ahli senat. Kesemua pair USD membuat ‘GAP’ di awal dagangan sesi Asia hari Isnin.
Ujian peluru berpandu Korea Selatan pada minggu lalu tidak berjaya mengundang kebimbangan kepada pasaran menyebabkan kurangnya permintaan terhadap matawang safe haven seperti Yen.
Matawang Yen bermula lemah minggu ini dengan GAP yang besar. Berikut merupakan perubahan Yen berbanding matawang lain setakat jam 8.05 pagi.
Penggerak Fundamental USD/JPY
Pasangan matawang USD/JPY kini sudah mempunyai tapak yang kukuh dan semakin pulih daripada paras terendah.
Jualan rumah baru yang lebih tinggi sejak 10 tahun lalu, keyakinan pengguna yang melonjak tinggi serta GDP tahunan yang berada di paras 3.3% untuk suku tahun ketiga pada minggu lepas menunjukkan prestasi pemulihan ekonomi AS berada di paras yang selesa.
Selain itu, Jerome Powell dalam confirmation hearing turut menyatakan keyakinan beliau berkenaan rate hike pada Disember. Walaupun tax cut berjaya diluluskan, Fed tetap akan meneliti perkembangan inflasi dari semasa ke semasa sebelum memutuskan kadar rate hike pada tahun hadapan.
Fokus utama untuk dolar sepanjang minggu pertama bulan Disember termasuk ADP NFP, ISM Non-Manufacturing PMI, kemudian Non-Farm Payroll. Indeks keyakinan pengguna oleh Universiti Michigan dan juga tempahan barang perkilangan juga perlu diberi perhatian.
Data-data ini akan memberi kesan langsung kepada bacaan GDP Jepun yang terbaru berikutan negara matahari terbit ini terkenal sebagai pemberi kredit terbesar dunia.
COMMENTS