Hasil kutipan cukai Jepun bagi tahun fiskal yang berakhir pada Mac setakat April lalu dianggarkan mencapai paras 70 trilion yen (AS$500 bilion) buat kali pertama, kata Kementerian Kewangan Jepun hari ini.
Angka tersebut juga bakal memecah rekod tertinggi untuk tahun ketiga berturut-turut, mengatasi rekod tahun sebelumnya 67 trilion yen.
Trend menaik ini mencerminkan peningkatan dalam hasil cukai penggunaan di tengah-tengah lonjakan harga setiap barangan, jelas kementerian.
Syarikat-syarikat juga perlu membayar lebih cukai ke atas pendapatan mereka kerana kesan negatif pandemik COVID-19 terus berkurangan, tambahnya.
Kerajaan Jepun, yang sebelum ini meramalkan hasil cukai untuk fiskal 2022/23 akan melebihi 68 trilion yen, telah mengemas kini jumlah sebenar yang diperolehnya pada akhir setiap bulan hingga Mei.
Hal ini bermakna data pada bulan April tersebut masih belum muktamad kerana masih banyak syarikat belum menutup penyata tahunan dan masih perlu membayar semua cukai mereka.
Sektor pembuatan Jepun telah melihat pendapatan mereka pulih selepas terjejas akibat pandemik COVID-19, waktu dimana aktiviti ekonomi perlahan dan rantaian bekalan terganggu.
Kejatuhan ketara yen pada tahun lalu, terutamanya berbanding dolar AS, juga menjadi halangan kepada pengeksport kerana pendapatan luar negara mereka melambung apabila dibawa pulang.
Sektor perkhidmatan telah ketinggalan di belakang pengeluar dalam pemulihan mereka tetapi terhapusnya sekatan wabak dan kemasukan semula pelancongan, walaupun secara beransur-ansur, tetap meningkatkan permintaan.