Hari ini pada sesi dagangan Asia minyak mentah menjunam kesan dari persiapan menyambut hari krismas dan juga cuti umum tahun baru 2017. Penurun
Hari ini pada sesi dagangan Asia minyak mentah menjunam kesan dari persiapan menyambut hari krismas dan juga cuti umum tahun baru 2017.
Penurunan ni menjejaskan sedikit hasil keuntungan peserta pasaran dari posisi dagangan mereka sebelum ini.
Niaga Hadapan Minyak Brent menurun 0.4% mencecah $54.82 per tong manakala Niaga Hadapan Minyak US West Intermediate menurun sebanyak 0.5% per tong.
Walaupun terdapat keuntungan pada dagangan minyak mentah selepas sesi dagangan yang lepas, purata hasil keuntungan pasaran minyak merosot kerana USD mula menguat.
Namun begitu, secara keseluruhannya kenaikan nilai matawang USD dan komoditi yang lain menunjukkan terdapat permintaan dan permintaan ini mula meningkat.
Indeks USD Dollar merosot, walaupun begitu paras indeks ini masih lagi berada disekitar ketinggian 14 tahun lalu iaitu pada kawasan zon 103.65.
Menurut jangkaan Barratt bahawa Minyak Mentah Amerika mungkin didagangkan pada harga $60 per tong pada sukuan pertama 2017,manakala Minyak Brent didagangkan pada sekitar harga $62-$63 per tong.
COMMENTS