Hati-hati Dengan Volatiliti Dollar, Trump Tidak Mahu USD Yang Mahal

Hati-hati Dengan Volatiliti Dollar, Trump Tidak Mahu USD Yang Mahal

Masih terdapat banyak perkara yang dapat mengekalkan keaktifan dollar walaupun tanpa katalis yang besar daripada pergerakan saham dan impak daripada k

Masih terdapat banyak perkara yang dapat mengekalkan keaktifan dollar walaupun tanpa katalis yang besar daripada pergerakan saham dan impak daripada kalendar ekonomi.

Para pelabur kini sedang menganalisis dan menyusun portfolio matawang mereka menjelang rundingan perdagangan antara AS dan China esok.

Selain itu, minit FOMC terkini juga akan dikeluarkan pada hari Rabu, manakala Pengerusi Fed Jerome Powell pula dijadualkan berucap di Jackson Hole Wyoming pada hari Jumaat.

Krisis lira pula belum menunjukkan sebarang tanda-tanda perubahan yang positif, dengan penurunan penarafan hutang kerajaan Turki oleh S&P dan Moody, nilai tukaran lira kepada USD masih kekal di atas ₺6.00 per dollar.

Pada sesi yang lalu, dollar secara mengejut membuat pusingan ‘U’ dengan indeks USD kembali ke zon negatif, susut 0.33% ke paras 95.68.

Penurunan dollar didorong oleh kenyataan Trump yang mengharap Jerome Powell dapat menjadi pengerusi Fed yang inginkan nilai matawang yang rendah (cheap-money).

Kenyataan dikeluarkan selepas Trump menerima rungutan daripada penderma utama parti Republik di Hamptons pada hari Jumaat lalu yang menyelar tindakan Jerome Powell terus menaikkan kadar faedah.

Powell merupakan calon pengerusi Fed yang dilantik oleh Trump. Sejak Trump mengambil alih pemerintahan, Fed telah menaikkan kadar faedah sebanyak lima kali dan dua daripadanya diumumkan oleh Powell pada tahun ini.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: