Seperti yang dijangkakan Fed telah menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas kepada 2.25% pada awal pagi tadi dan ini adalah merupakan kali
Seperti yang dijangkakan Fed telah menaikkan kadar faedah mereka sebanyak 25 mata asas kepada 2.25% pada awal pagi tadi dan ini adalah merupakan kali ke-3 Bank Pusat Amerika itu melakukan kenaikan. Fed turut melihat kepada sekali lagi kenaikan akan berlaku pada tahun ini sambil pada masa yang sama menaikkan aras tanda sasaran kepada 2.00-2.25% berbanding 1.75-2.00% sebelum ini.
Di dalam penyata FOMC, mereka turut melihat 3 kali kenaikan akan berlaku pada tahun 2019 dan mengeluarkan keterangan mengenai “Dasar Kewangan Kekal Sebagai Kemudahan”. Ini memberi bayangan bahawa Fed pada ketika ini sedang bergerak ke arah dasar kewangan yang lebih ketat.
Fed tidak merubah pandangan mereka terhadap ekonomi AS, mengulangi bahawa pertambahan pekerjaan adalah kukuh dan perbelanjaan isi rumah serta pelaburan tetap perniagaan telah bertumbuh dengan sangat baik. Menurut mereka lagi, kenaikan kadar faedah berperingkat ini sejajar dengan objektif inflasi selain daripada perkembangan ekonomi dan pasaran pekerjaan.
Dolar yang pada mulanya “tidak membeli” kenaikan kadar faedah ini kemudiannya bertukar arah apabila Powell memberikan ucapan beliau selepas tamat mesyuarat FOMC awal pagi tadi. Berikut adalah beberapa poin penting daripada ucapan beliau :
- Yakin sistem kewangan AS lebih kukuh sekarang
- Pertumbuhan ekonomi AS secara keseluruhan kekal baik dibantu oleh Stimulus Fiskal
- FOMC menjangkakan pasaran pekerjaan kekal kukuh
- Fed menjangkakan inflasi terus kekal hampir pada paras 2%
- Pengeluaran “kemudahan” daripada penyata FOMC adalah tanda bahawa dasar kewangan sedang bergerak seiring dengan jangkaan
- Kenaikan kadar faedah berperingkat membolehkan Fed secara berhati-hati memantau kemasukan data dan kesannya terhadap kadar yang lebih tinggi
- Tidak mempertimbangkan faktor politik dalam menentukan dasar
- Kesan ketegangan perdagangan masih kecil
Dolar AS kembali mengukuh selepas ucapan Powell, Indeks Dolar yang ditolak jatuh hampir 20 mata kini berada pada paras 94.30. Jika Indeks Dolar mampu untuk bergerak secara konsisten di atas paras 94.36, Dolar AS dijangka akan terus mengukuh untuk tempoh berbaki pada minggu ini.
COMMENTS