Hawkish Lowe Menyelamatkan AUD/USD

Hawkish Lowe Menyelamatkan AUD/USD

Pasangan matawang AUD/USD cuba untuk menembusi paras 0.76 didorong oleh bacaan output pembinaan Australia suku tahun ketiga (Q3) yang melebihi jangkaa

Pasangan matawang AUD/USD cuba untuk menembusi paras 0.76 didorong oleh bacaan output pembinaan Australia suku tahun ketiga (Q3) yang melebihi jangkaan.

Namun, lonjakan Aussie gagal bertahan apabila terdapat laporan Senator Australia, Kakosche-Moore meletakkan jawatan beliau kerana memiliki dua kewarganegaraan, menganggu kestabilan politik di Australia. Harga menjunam ke paras 0.7567 pada jam 12.50 tengahhari.

Walau bagaimanapun, sentimen Aussie masih disokong oleh peningkatan ekuiti Asia dan USD yang terus melemah selepas komen berhati-hati Yellen terhadap unjuran inflasi AS.

Selain itu, pada hari Selasa yang lalu, Gabenor RBA Lowe mengeluarkan nada yang lebih hawkish terhadap pandangan rate hike apabila mengatakan langkah seterusnya adalah untuk menaikkan kadar faedah dan bukan merendahkannya. Ucapan ini terus menyelmatkan AUD/USD daripada paras terendah 22 Jun yang lalu.

Fokus kini beralih kepada data barangan tahan lama US dan juga laporan minit mesyuarat FOMC yang bakal memberi impak kepada dolar dan juga Aussie.

Paras Teknikal AUD/USD

AUD dilihat telah melakukan key reversal pada hari Selasa. Jika AUD/USD kekal bullish, resistance terhampir berada di paras 0.7605/10 (R1), 0.7620 (R2) dan 0.7640 (R3). Matawang ini tidak dilihat akan membuat kejutan untuk memecahkan resistence trend di paras 0.7665

Di bawah pula terdapat support pada paras 0.7550 (S1), 0.7530 (S2) dan juga 0.7515 (S3).

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: