Hawkish RBA Gagal Menyokong Pemulihan, Dapatkah AUD/USD Pecahkan Kebuntuan?

Hawkish RBA Gagal Menyokong Pemulihan, Dapatkah AUD/USD Pecahkan Kebuntuan?

AUD/USD sempat naik ke paras tertinggi harian, sekitar 0.7237 didorong oleh kenyataan terkini dasar kewangan Rizab Bank Australia (RBA) sebelum kembal

AUD/USD sempat naik ke paras tertinggi harian, sekitar 0.7237 didorong oleh kenyataan terkini dasar kewangan Rizab Bank Australia (RBA) sebelum kembali turun untuk menguji semula support di sekitar paras 0.7200

RBA kekalkan kadar faedah di paras 1.5% dan keputusan ini selari dengan jangkaan pasaran berikutan bank pusat telah tetap di dalam julat kadar faedah tersebut untuk tempoh lebih 2 tahun.

Keputusan tersebut berterusan untuk tempoh yang panjang berikutan perbelanjaan isi rumah, pasaran perumahan, perdagangan dan pertumbuhan pendapatan masih bergerak perlahan.

Secara keseluruhan, kenyataan dasar RBA dilihat sedikit hawkish kerana mengatakan keadaan perniagaan terus berkembang dengan stabil dan inflasi dijangka naik melebih paras minimum 3% bank pusat pada tahun 2018 dan 2019.

Dengan jangkaan inflasi mula meningkat melebihi julat yang disasarkan, hal ini menunjukkan akan berlakunya tekanan harga yang lebih tinggi pada tahun 2019 dan 2020.

Secara teknikal, keputusan RBA gagal memberi sokongan kepada momentum bullish AUD/USD untuk melepasi garisan resistance penting 0.7240.

Kini harga telah jatuh melepasi paras terendah 0.7195 setakat jam 1.55 petang.

Jika AUD/USD gagal bertahan di bawah 0.7200, pasangan matawang ini dijangka kekal bergerak mendatar di dalam julat 0.7200 – 0.7240 untuk tiga hari dagangan berturut-turut.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: