honda-1

Honda Belanjakan AS$64b Untuk R&D, Sasar 2 Juta Pengeluaran Kenderaan Elektrik Pada 2030

Honda Motor Co Ltd dari Jepun berkata pada hari ini bahwa mereka sedang merancang untuk membelanjakan AS$64 bilion (¥8 trilion) bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk 10 tahun akan datang, meletakkan harapan yang tinggi untuk melancarkan 30 kenderaan elektrik ( model EV) di seluruh dunia menjelang 2030.

Matlamatnya juga termasuk mengeluarkan kira-kira dua juta EV setahun menjelang 2030. Strategi itu menandakan dorongan untuk mengambil tempat dalam pasaran EV yang berkembang pesat, di mana telah didahului oleh Tesla.

Malah, perkembangan pasaran EV yang pantas juga berisiko membuat para pembuat kereta Jepun ketinggalan di belakang saingan tradisional mereka, Eropah dan AS.

Honda dan pembuat kereta Jepun yang lain telah lama mengatakan bahawa walaupun mereka menggunakan tenaga elektrik, mereka tidak akan berputus asa dengan teknologi hibrid yang telah berada di pasaran lebih lama.

Tambahan pula, penyokong hibrid menunjukkan banyak pasaran di mana infrastruktur untuk menyokong bateri EV akan mucul untuk tempoh masa yang lama.

“(Pelaburan) ini bukanlah bermakna penghujung hibrid dan penggantian semua hibrid dengan EV,” ketua pegawai eksekutif Honda Toshihiro Mibe ketika menerangkan perancangan itu.

“Kami akan membangunkan hibrid semasa kami dan menggunakannya sebagai senjata dalam perniagaan kami,” tambahnya.

Sebahagian besar daripada pelaburan ¥8 trilion yang dibentangkan adalah dalam teknologi elektrifikasi dan perisian.

Itu termasuk kira-kira ¥43 bilion perbelanjaan pada barisan demonstrasi untuk pengeluaran bateri keadaan pepejal, dengan matlamat untuk memulakannya pada musim bunga 2024.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *