Honda Motor, LG Energy Bakal Membina Kilang Bateri EV Bernilai AS$4.4b Di AS

Honda Motor, LG Energy Bakal Membina Kilang Bateri EV Bernilai AS$4.4b Di AS

Honda Motor Co Jepun dengan kerjasama pembekal beteri Korea LG Energy Solution Ltd akan membina kilang bateri litium-ion baharu bernilai AS$4.4 bilio

Honda Motor Co Jepun dengan kerjasama pembekal beteri Korea LG Energy Solution Ltd akan membina kilang bateri litium-ion baharu bernilai AS$4.4 bilion untuk kenderaan elektrik di Amerika Syarikat.

Pembuat bateri sedang berusaha untuk menambah pengeluaran di AS di mana peralihan ke arah kenderaan elektrik (EV) dilihat berpotensi meningkat apabila AS mula melaksanakan peraturan yang lebih tegas dan mengetatkan kelayakan kredit cukai.

Lokasi kilang bagaimanapun belum dimuktamadkan, kata syarikat yang terlibat. Namun jurucakap mengenai perkara ini mengesahkan laporan bahawa Honda serius mempertimbangkan Ohio, di mana terletaknya kilang utama mereka.

Kedua-dua syarikat itu menyasarkan kapasiti pengeluaran tahunan kira-kira 40 GWj dengan bateri yang dibekalkan secara eksklusif kepada kemudahan Honda di Amerika Utara untuk menggerakkan model Honda dan Acura EV.

Usaha sama antara Honda dan LG Energy akan diwujudkan sebelum rancangan pembinaan dimulakan pada awal 2023 dengan pengeluaran besar-besaran menjelang akhir 2025.

Gabenor Ohio Mike DeWine berkata pentadbirannya sedang berunding dengan Honda dan LG “untuk memastikan mereka memilih Ohio untuk kilang bateri elektrik baharu ini.”

Sumber yang diberi oleh jurucakap mengenai perkara itu berkata pengumuman mengenai lokasi tersebut mungkin akan diumumkan beberapa minggu lagi.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: