ringgit-myr

Hong Leong Investment Bank Jangka Ringgit Lebih Mengukuh Pada 2023

Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berpendapat bahawa suasana yang tidak menyenangkan buat ringgit mungkin akan berakhir dan menjangkakan ringgit akan tutup sekitar RM4.30 pada tahun ini dan bergerak dalam purata RM4.34 per dolar AS pada tahun hadapan berbanding RM4.40 ketika ini.

Firma penyelidikan itu berkata pada 2022, ringgit berada dalam aliran lemah berbanding kekuatan dolar AS, didorong oleh kecenderungan hawkish Fed di tengah-tengah data AS yang baik dan tekanan inflasi yang berterusan.

“Melangkah ke tahun 2023, Fed telah memberi isyarat pendekatan yang lebih seimbang kerana inflasi utama semakin berundur dari puncaknya,” jelasnya.

HLIB tidak menafikan terdapatnya sedikit risiko ketidaktentuan dalam pergerakan kadar pertukaran kerana prestasi pasaran buruh yang kukuh menunjukkan harga di AS masih berpotensi melonjak.

Bagaimanapun, dengan ‘rate hike’ Fed yang berterusan walaupun lebih peralahan, HLIB melihat permintaan domestik di AS akan semakin berkurangan dari semasa ke semasa.

Di samping itu, China yang semakin melonggarkan sekatannya juga mampu mendorong permintaan yang lebih tinggi untuk komoditi, sekali gus menarik minat para pelabur dalam mata wang komoditi termasuk ringgit.

Jurang perbezaan kadar faedah (FFR) Fed dan kadar selamanan (OPR) Bank Negara Malaysia telah melebar sehingga membawa ringgit ke paras terburuk menjelang PRU ke-15 pada November lalu.

“Namun begitu, dengan Fed yang semakin mengecilkan peningkatannya, perbezaan kadar FFR-OPR dijangka perlahan dan sepatutnya memberi petanda yang baik untuk ringgit,” kata HLIB.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *