HSBC Malaysia Lancar Mesin Layan Diri 24/7 Bagi Pembukaan Akaun Digital

HSBC Malaysia Lancar Mesin Layan Diri 24/7 Bagi Pembukaan Akaun Digital

HSBC Malaysia mencapai kejayaan yang baru apabila menjadi bank pertama di negara ini yang melancarkan pembukaan akaun digital dengan mesin layan diri

HSBC Malaysia mencapai kejayaan yang baru apabila menjadi bank pertama di negara ini yang melancarkan pembukaan akaun digital dengan mesin layan diri 24/7 untuk proses pengenalan dan pengesahan.

Ketua perbankan peribadi dan kekayaan HSBC, Tara Latini berkata ciri digital bank sentiasa diperbaharui untuk memberi peluang kepada para pelanggan memilih pengalaman perbankan terbaik yang sesuai dengan gaya hidup mereka.

“Disebabkan oleh pilihan pelanggan terus berkembang, kami juga akan terus menaik taraf produk dan perkhidmatan kami bagi mengeratkan hubungan bersama mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menyebutkan pelancaran perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian dan pelancaran DuitNow QR baru-baru ini adalah sebahagian daripada visi bank terhadap masa depan perbankan iaitu dengan menggabungkan beberapa pendekatan dalam memberi layanan terbaik kepada dunia digital dan para penggunanya.

Memetik kenyataan HSBC, pelancaran perkhidmatan pembukaan akaun dalam talian yang baru ini juga dilapor dapat meminimumkan hubungan secara fizikal dan sesuai dengan penjarakan sosial yang menjadi norma baru di masa hadapan akibat wabak Covid-19.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: