Huawei Atasi Samsung Sebagai Penjual Telefon Pintar Terbesar Pada Q2

Huawei Atasi Samsung Sebagai Penjual Telefon Pintar Terbesar Pada Q2

Syarikat Huawei Technologies China dari Samsung Electronics merebut gelaran sebagai penjual telefon pintar terbesar pada Q2, menunjukkan ketahanan pa

Syarikat Huawei Technologies China dari Samsung Electronics merebut gelaran sebagai penjual telefon pintar terbesar pada Q2, menunjukkan ketahanan pasaran China walaupun permintaan global untuk telefon merosot di tengah-tengah krisis wabak.

Kajian dari Canalys menunjukkan Huawei telah menghantar 55.8 juta peranti sepanjang tempoh April-Jun, mengatasi penghantaran Samsung berjumlah 53.7 juta.

Sekatan dari AS telah mengakibatkan gangguan terhadap perniagaan Huawei di pasaran luar negara, namun jumlah terbaru menunjukkan penguasaannya di pasaran domestik semakin meningkat.

Jualan Huawei di China kini telah mencecah dua per tiga dari produk peranti yang dihasilkan, yang mana pada awalnya terganggu oleh penularan wabak koronavirus.

Pasaran domestik menunjukkan peningkatan jualan sekitar 8%, namun penurunan 27% penghantaran luar negara mengakibatkan jualan mereka menyusut 5% pada Q2 berbanding suku tahun pertama.

Samsung melaporkan pula penurunan 30% jualan berikutan permintaan yang lemah dari pasaran utama termasuk Brazil, AS dan Eropah.

Syarikat-syarikat pembuatan telefon pintar paling dominan di negara yang lain juga masih mengalami tekanan berikutan kebimbangan terhadap risiko gelombang kedua apabila kes-kes jangkitan virus kembali meningkat.

Huawei walau bagaimanapun mengatakan gelaran sebagai penjual terbesar mungkin tidak bertahan lama selepas pasaran kembali pulih.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: