Huawei Disingkirkan Dari Ibu Kota EU, Nokia Menangi Kontrak 5G Di Belgium

Huawei Disingkirkan Dari Ibu Kota EU, Nokia Menangi Kontrak 5G Di Belgium

Orange dan Proximus telah memilih Nokia untuk membantu mereka membina jaringan 5G di Beligum, menggantikan syarikat Huawei selepas mendapat tekanan d

Orange dan Proximus telah memilih Nokia untuk membantu mereka membina jaringan 5G di Beligum, menggantikan syarikat Huawei selepas mendapat tekanan daripada AS supaya mereka menyekat syarikat China daripada menjadi pembekal utama peralatan komunikasi.

Keputusan membuang Huawei daripada jaringan terbaru adalah yang pertama dikalangan pengusaha komersial di Eropah, dibuat selepas menerima tekanan diplomatik dari Amerika Syarikat yang mendakwa peralatan Huawei boleh digunakan oleh Beijing untuk mengintip.

Ibu kota Belgium, Burssels adalah pusat bagi badan eksekutif dan parlimen Kesatuan Eropah (EU), menjadikannya lebih mendapat perhatian yang khusus oleh agensi perisikan AS.

“Beligum telah bergantung 100% kepada pembekal-pembekal China bagi jaringan radio serta mereka yang bekerja di NATO dan EU juga menggunakan jaringan yang sama untuk membuat panggilan telefon”, jelas John Strand, perunding bebas telekomunikasi di Denmark.

“Pihak operator memberi isyarat bahawa adalah sesuatu yang amat penting untuk mereka memiliki akses ke rangkaian yang lebih selamat.”, jelas beliau.

Huawei, pembekal peralatan telekomunikasi terbesar dunia walau bagaimanapun menafikan dakawaan AS tersebut dan sangat menentang seruan yang mengharamkan mereka daripada mendapatkan kontrak 5G.

Namun, Reuters mengesahkan bahawa Huawei bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Orange Belgium dan Proximus.
 
“Ini adalah hasil tawaran yang diatur oleh pihak operator dan dari pasaran bebas,” kata jurucakap Huawei.

“Kami mengalu-alukan persaingan yang adil, semakin banyak rantaian bekalan maka semakin banyak persaingan,” katanya, sambil menambah Huawei telah membekalkan peralatan di Belgium selama lebih dari satu dekad dan komitmennya tidak pernah berubah.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: