Huawei: Lebih Banyak Pemotongan Pekerjaan & Pelaburan Akan Dilakukan Di Australia

Huawei: Lebih Banyak Pemotongan Pekerjaan & Pelaburan Akan Dilakukan Di Australia

Operasi pembuat peralatan telekomunikasi Huawei Technologies Co Ltd di Australia mengatakan akan terus mengurangkan jumlah pekerja dan pelaburan di n

Operasi pembuat peralatan telekomunikasi Huawei Technologies Co Ltd di Australia mengatakan akan terus mengurangkan jumlah pekerja dan pelaburan di negara itu berikutan ketegangan hubungan antara Beijing dan Canberra.

Pada 2018, Australia telah melarang Huawei daripada membekalkan peralatan rangkaian mudah alih 5G dengan alasan risiko keselamatan negara, satu tindakan yang dikritik oleh Huawei sebagai bermotifkan politik.

“Secara ringkas, larangan 5G ke atas Huawei telah menyebabkan kehilangan 1,000 pekerjaan berteknologi tinggi dan gaji yang besar dari ekonomi,” kata Jeremy Mitchell, ketua pegawai urusan korporat Huawei untuk Australia, dalam satu kenyataan emel semalam.

“Kami telah menurunkan kakitangan dari 1,200 kepada kurang dari 200 orang dan pada tahun hadapan jumlah tersebut akan terus mengecil”, jelas Mitchell.

Huawei telah menghentikan pelaburan penyelidikan dan pembangunan bernilai A$100 juta di Australia sejak sekatan 5G dikenakan, tambah beliau.

Syarikat tersebut pada bulan lalu juga dilaporkan akan menamatkan penajaan kelab liga ragbi Australia setahun lebih awal daripada yang dijangkakan akibat kemerosotan perniagaannya.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: