Huawei Perlu Patuhi Syarat Awal Untuk Terlibat Dengan Pembangunan Rangkaian 5G – Menteri Kesihatan UK

Huawei Perlu Patuhi Syarat Awal Untuk Terlibat Dengan Pembangunan Rangkaian 5G – Menteri Kesihatan UK

Syarikat Huawei China perlu mematuhi syarat yang jelas supaya Britian dapat membenarkan mereka untuk terus terlibat dengan pembangunan infrastruktur

Syarikat Huawei China perlu mematuhi syarat yang jelas supaya Britian dapat membenarkan mereka untuk terus terlibat dengan pembangunan infrastruktur telekomunikasi 5G, kata menteri kesihatan UK pada hari Ahad lalu.

Memetik laporan Sunday Telegraph, bagi membantah keputusan yang dibuat pada tahun ini, para pembuat dasar kini sedang menyusun cadangan untuk menghalang pemasangan peralatan Huawei Technologies dalam masa enam bulan.

Ditanya mengenai laporan di atas, menteri kesihatan UK, Matt Hancock hanya mengatakan cadangan tersebut merupakan pensyaratan awal.

“Saya tidak akan mengulas mengenai kebocoran maklumat ini. Apa yang dapat saya katakan adalah kami telah mengeluarkan laporan sementara mengenai perkara ini pada awal tahun, ada sejumlah syarat yang harus dipenuhi.

“Saya yakin bahawa Majlis Keselamatan Negara akan melihat syarat-syarat tersebut, dan membuat keputusan yang tepat mengenai hal ini, untuk memastikan bahawa kita mempunyai infrastruktur telekomunikasi yang sangat kuat … tetapi juga selamat.”, ujar beliau.

Perdana Menteri UK Boris Johnson, yang telah membenarkan penglibatan terhad Huawei dalam rangkaian 5G Britain pada Januari lalu, telah menghadapi tekanan hebat dari Amerika Syarikat dan beberapa penggubal undang-undang Britain supaya membatalkan kelulusan tersebut atas alasan keselamatan.

Laporan Sunday Telegraph juga mengatakan bahawa Pusat Keselamatan Siber Negara telah mengubah perakuan mereka mengenai Huawei kerana sekatan daripada AS akan memaksa mereka menggunakan teknologi yang tidak dipercayai.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: