Hura-Hara Brexit Kekal Menjadi Isu Yang Hangat, Sidang Parlimen UK Hari Ini Menjadi Tumpuan

Hura-Hara Brexit Kekal Menjadi Isu Yang Hangat, Sidang Parlimen UK Hari Ini Menjadi Tumpuan

Greenback menutup dagangan Jumaat lalu dengan nada yang lemah, namun berjaya keluar dari paras terendah harian dengan dorongan bacaan inflasi CPI AS

Greenback menutup dagangan Jumaat lalu dengan nada yang lemah, namun berjaya keluar dari paras terendah harian dengan dorongan bacaan inflasi CPI AS bulan Ogos yang lebih baik, naik dari 1.6% kepada 1.7%

Sementara itu, Oxford and AstraZeneca mengumumkan bahawa mereka akan meneruskan ujian vaksin koronavirus selepas lebih seminggu menghentikannya berikutan kemungkinan terdapat kesan sampingan ke atas salah satu peserta ujian dari UK.

Berita tersebut dilihat berpotensi memicu optimisme pada pembukaan dagangan minggu ini.

Setiap pasangan matawang utama secara keseluruhannya tidak merekodkan sebarang perubahan yang signifikan, selari dengan ketidaktentuan dari pihak bank-bank pusat.

Namun pengecualian ke atas pound yang mana telah menjunam akibat hura-hara Brexit, menutup pasaran minggu lalu di paras terendah bulan Julai berbanding dolar AS.

Rundingan Brexit pada minggu lepas sekali lagi berakhir tanpa sebarang kemajuan, dengan perbezaan pada isu-isu penting masih belum dapat diselesaikan.

Kebimbangan semakin memuncak apabila EU mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang jika UK mengubah Perjanjian Peralihan. Parlimen UK akan membincangkan polemik Rang Undang-Undang Pasaran Dalaman pada hari ini.

Pasaran komoditi pula mengakhiri dagangan minggu lalu dengan kerugian yang kecil dengan emas tutup di paras $1,940 per auns trouy manakala WTI dan Brent kekal di bawah $40 per barel.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: