ev-cars-charging

Hyundai Motor Group Labur AS$18 bilion Dalam Industri EV Di Korea Selatan Menjelang 2030

Hyundai Motor Group hari ini berkata bahawa mereka merancang untuk melabur 24 trilion won (AS$18.14 bilion) dalam industri kenderaan elektrik (EV) Korea Selatan sehingga 2030 dalam usaha untuk memperkukuh ekosistem EV dan mengukuhkan peranannya dalam industri automotif global .

Pelan pelaburan oleh kumpulan itu, termasuk Hyundai Motor, Kia Corp dan Hyundai Mobis, dibuat ketika Presiden Yoon Suk Yeol menghadiri majlis pecah tanah bagi pembinaan kilang kenderaan elektrik pertama Kia.

Kilang baharu yang juga merupakan kilang pertama kumpulan auto di Korea Selatan dalam tempoh hampir tiga dekad, dengan rancangan untuk memulakan pengeluaran pada 2025.

Yoon berjanji akan melaksanakan langkah komprehensif bagi membantu industri auto Korea Selatan lebih bersedia untuk transformasi pada separuh pertama tahun ini.

Di samping itu, kerajaan Korea Selatan juga akan mengembangkan faedah cukai bagi pelaburan kemudahan EV domestik untuk peningkatan lima kali ganda dalam kapasiti pengeluaran menjelang 2030.

Saham Kia dan Hyundai Motor masing-masing ditutup naik 4.9 peratus dan 3.3 peratus, berbanding kenaikan 1.4 peratus dalam indeks penanda aras KOSPI.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *