ev-cars-charging

IEA: EV Bakal Kuasai Separuh Daripada Jualan Kereta Di Tiga Pasaran Terbesar Pada 2030

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) menjangkakan kenderaan elektrik akan menguasai separuh daripada seluruh kerata yang akan dijual pada 2030 di tiga pasaran EV terbesar China, Eropah dan Amerika Syarikat.

Bercakap di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos pada Selasa yang lalu, Pengarah Eksekutif IEA Fatih Birol berkata sebagai tambahan kepada tindak balas segera terhadap krisis tenaga ini, terdapat juga lebih banyak tindak balas struktur yang datang dari negara-negara itu.

Agensi antarabangsa itu pada tahun lepas memberi amaran bahawa walaupun jualan kereta elektrik terus memecah rekod, kekangan bekalan mineral dilihat semakin meningkat.

Rantaian bekalan bateri menghadapi kesesakan dan kekurangan kepelbagaian kerana kebanyakan pemprosesan logam bateri sedang dilakukan di China, katanya dalam Global EV Outlook 2022 yang diterbitkan pada Mei 2022.

IEA berkata tekanan terhadap bekalan bahan kritikal akan terus meningkat apabila elektrifikasi pengangkutan jalan berkembang bagi memenuhi cita-cita bersih-sifar.

“Pelaburan tambahan diperlukan dalam jangka pendek, terutamanya dalam perlombongan, di mana masa pendahuluan adalah lebih lama daripada bahagian lain rantaian bekalan,” jelas IEA.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *