IEA: Pengeluaran Lebih Pantas Diperlukan Untuk Mencapai Sasaran Karbon Sifar

IEA: Pengeluaran Lebih Pantas Diperlukan Untuk Mencapai Sasaran Karbon Sifar

Pertumbuhan global dalam pengeluaran tenaga boleh diperbaharui akan dipercepatkan namun perlu dilakukan pada kadar yang lebih pantas bagi memenuhi sa

Pertumbuhan global dalam pengeluaran tenaga boleh diperbaharui akan dipercepatkan namun perlu dilakukan pada kadar yang lebih pantas bagi memenuhi sasaran untuk mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih, kata IEA hari ini.

Dalam laporan terbarunya mengenai sektor itu, Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata pemasangan kapasiti penjanaan elektrik baharu yang boleh diperbaharui dijangka mencecah rekod 290 gigawatt (GW) tahun ini.

Dalam tempoh lima tahun akan datang, kapasiti boleh diperbaharui dijangka bertambah pada kadar 50 peratus lebih tinggi berbanding tempoh 2015-2020.

Selain itu, IEA berkata dalam tempoh yang sama, kapasiti elektrik boleh diperbaharui seluruh dunia dijangka meningkat sebanyak 60 peratus berbanding paras 2020, kepada 4,800 GW.

Sebagai perbandingan, angka tersebut adalah bersamaan dengan jumlah semasa kapasiti kuasa global gabungan antara bahan api fosil dan nuklear, tambahnya.

Bagaimanapun, IEA memperingatkan bahawa walaupun penggunaan tenaga boleh diperbaharui ini sedang berkembang pesat, namun kadar tersebut belum cukup untuk dunia mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Tunjuan negara-negara menyasarkan pelepasan kabron sifar bersih ini adalah supaya dapat mengekalkan peningkatan suhu global di bawah dua peratus sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian iklim Paris 2015.

Oleh itu, pertumbuhan tenaga yang boleh diperharui perlu berkembang hampir dua kali lebih cepat daripada jangkaan untuk memenuhi matlamat yang ditetapkan.

IEA berkata kerajaan boleh mempercepatkan lagi pertumbuhan tenaga boleh diperbaharui dengan memudahkan kelulusan, penyepaduan ke dalam grid, dan akses kepada kewangan.

“Harga komoditi dan tenaga yang tinggi yang kita lihat hari ini menimbulkan cabaran baharu bagi industri boleh diperbaharui, tetapi kenaikan harga bahan api fosil juga menjadikan bahan boleh diperbaharui lebih kompetitif,” kata pengarah eksekutif IEA Fatih Birol dalam satu kenyataan.

COMMENTS

WORDPRESS: 0
DISQUS: